Skim Insurans Am Selangor (INSAN) – Cara Memohon & Kelayakan

Skim Insurans Am Selangor (INSAN)

Selangor adalah negeri pertama yang memperkenalkan perlindungan insurans kemalangan diri secara percuma menerusi Skim Insurans Am Selangor (Insan).

Skim ini mampu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk mendapatkan perlindungan insurans sehingga RM10,000 secara percuma.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Pengenalan Skim Insurans Am Selangor (INSAN)

Skim Insurans Am Selangor (INSAN) adalah merupakan sebuah perlindungan insurans am berkumpulan kepada 6 juta Rakyat Selangor berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.

Jumlah perlindungan insurans am setiap individu adalah RM10,000 untuk kematian dan hilang keupayaan kekal yang disebabkan oleh kemalangan.

Skim Insurans Am Selangor

Tarikh Pendaftaran

1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Nombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri Selangor; ATAU
  • Alamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri Selangor; ATAU
  • Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor

NOTA: Semak kelayakan anda sekiranya anda menetap dan pengundi di negeri Selangor di laman web berikut: https://programinsan.com 

Skim Insurans Am Selangor

Cara Mendaftar & Memohon Skim Insurans Am Selangor (INSAN)

A. PENDAFTARAN ONLINE

  1. Muat turun dan daftar aplikasi e-Wallet WavPay. (https://wavpay.net/)
  2. Klik pada banner program yang tertera pada aplikasi tersebut.
  3. Lengkapkan maklumat sehingga proses selesai
Skim Insurans Am Selangor

B. PENDAFTARAN MANUAL

Pendaftaran secara manual juga boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN).

NOTA: Anda boleh mendaftar dan memohon bermula 1 oktober 2022 sehingga 30 September 2023. Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.

Baca juga:

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi/layari:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: