Cara Isi Angin Tayar Kereta – Tips Penting Untuk ‘First Timer’!

Apabila memiliki kereta, anda perlulah mempelajari pelbagai perkara berkaitan pengurusan kereta termasuk cara isi angin tayar kereta dengan betul.

Ini kerana ia berkaitan penting dengan aspek keselamatan anda apabila memandu kereta tersebut.  

Tayar kereta yang berada dalam baik boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan sepanjang pemanduan.

Anda disyorkan untuk sentiasa memeriksa tayar kenderaan anda terutamanya sebelum memulakan pemanduan untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini daripada berlaku. 

Sekiranya anda baru pertama kali hendak mengisi angin tayar kereta anda, usah risau.

Teruskan membaca perkongsian di bawah untuk mengetahui tips & cara mengisi angin tayar kereta dengan betul. 

BACA JUGA: Tips Beli Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu

Cara Isi Angin Tayar Kereta

1. Kenal pasti tekanan angin tayar atau PSI tayar kereta yang sesuai untuk kereta anda. Anda boleh mengetahui tekanan angin tayar (PSI) yang sesuai dengan merujuk pada Maklumat Tekanan Tayar (Tire-Loading Information) di bahagian tepi sebelah tempat duduk pemandu atau manual pemilik.

Cara Isi Angin Tayar Kereta
angin tayar kereta

2. Set pam angin dengan tekanan angin tayar yang sesuai untuk tayar anda dengan menekan butang + atau – pada meter pam angin.

3. Isi sehingga mesin pam angin berbunyi “pip pip. Selesai.

Bilakah Masa Terbaik untuk Isi Angin Tayar Kereta?

Tekanan angin tayar kereta biasanya bergantung pada saiz, jenis kereta dan tayar yang digunakan. 

Pastikan anda memeriksa Maklumat Tekanan Tayar atau Tire-loading Information yang tersedia di bahagian tepi sebelah tempat duduk pemandu untuk mengetahui tekanan angin tayar yang sesuai dengan kereta anda. 

angin tayar kereta

Anda disarankan untuk memeriksa dan mengisi angin tayar kereta anda sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sekali setiap dua minggu. Tekanan angin tayar kereta yang sesuai dapat membantu meningkatkan kualiti pemanduan dan tahap cengkaman tayar yang lebih baik.

Selain itu, tekanan angin tayar yang bersesuaian juga dapat:

  • meningkatkan jangka hayat dan ketahanan tayar kereta dengan lebih lama;
  • melancarkan dan memberi keselesaan sepanjang perjalanan;
  • menjimatkan bahan api dan menjamin lebih kilometer untuk kereta anda;
  • menguatkan cengkaman tayar di atas jalan;
  • mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

Tekanan angin tayar yang terlalu keras atau terlalu kempis boleh menjejaskan prestasi kereta dan meningkatkan risiko kemalangan.

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui maklumat bacaan angin tayar kereta modul popular yang ada di Malaysia (Axia,Myvi dan sebagainya) untuk rujukan dan panduan anda:

KenderaanModelTekanan Angin Tayar Kereta (PSI Tayar Kereta)
KomersialToyota Hiace30-35
BandarHonda Jazz, Toyota Yaris, Perodua Axia, Perodua Myvi29-32
SedanHonda Civic, Toyota Corolla. Toyota Vios28-31
SUVToyota Fortuner, Mitsubishi Pajero35-40
MPVToyota Avanxa, Proton Ertiga, Perodua Alza30-33

BACA JUGA: Perodua Axia Terbaru 2023, Harga Terkini & Cara Menempah

Kesimpulan 

Periksa tekanan angin kereta selalu dan isi dengan tekanan yang diperlukan. Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: