Tips Beli Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu

Tips Beli Tayar Kereta ~ Salah satu komponen penting bagi kereta ialah tayar. Ia menentukan tahap prestasi sesebuah kenderaan, memastikan keselesaan pengendalian, kawalan stereng, cengkaman tayar yang lebih baik dan paling penting, aspek keselamatan. 

Sekiranya anda inginkan tips beli tayar kereta yang berkualiti, mari teruskan membaca perkongsian dibawah. 

BACA JUGA: Proton X90 2023: Ciri-ciri, Perbezaan dan Cara Menempah

Tips Beli Tayar Kereta

1. Periksa Kod Tayar Kereta

Pastikan anda memeriksa kod tayar kereta untuk mengetahui sama ada tayar tersebut sudah lama ataupun masih lagi baru. 

Sebagai contoh: Kod tayar kereta ada 205/65/R15 94H

  • 205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm
  • 65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit millimeter mm)
  • R = Radial
  • 15 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci
  • 94 = Had maksimum bebanan
  • H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam v

2. Semak Abjad Terakhir

Langkah ini adalah untuk mengetahui kelajuan maksimum yang boleh sesuai mengikut jenis tayar. 

  • S = Maksimum had laju 180 km / jam
  • T = Maksimum had laju 190 km / jam
  • U = Maksimum had laju 200 km / jam
  • V = Maksimum had laju 240 km / jam
  • Z = Maksimum had laju 240 km / jam
  • W = Maksimum had laju 270 km / jam
  • Y = Maksimum had laju 300 km / jam

3. Semak Empat Angka Tarikh

Periksa empat angka tarikh yang dicatat pada sisi tayar. Ini penting kerana tarikh tersebut merupakan indikator yang menunjukkan bila tayar itu dihasilkan.

Sebagai contoh: 0416

Bagaimana untuk membaca 0416 itu adalah ia menjadi keluaran kilang tayar pada minggu keempat tahun 2016. Tempoh penggunaan tayar yang ideal adalah selama lima tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. 

Tayar yang sudah dikeluarkan lebih 5 tahun tidak disyorkan untuk digunakan kerana tayar tersebut telah menjadi keras kerana getah yang ada pada tayar sudah tamat tempoh. 

4. Pilih Saiz Tayar Kereta Yang Sesuai 

Pemilihan saiz tayar yang betul dan sesuai dengan spesifikasi kereta adalah sangat penting. Pemandu perlu mengambil kira dari segi diameter dalaman dan lebar tayar. Apabila kelebaran tayar terlalu besar atau terlalu kecil daripada saiz lebar rim, ia akan membuat tayar menjadi rosak. 

5. Pilih Jenis Tayar Yang Sesuai Dengan Pemanduan 

Anda boleh mempertimbangkan faktor-faktor pemilihan jenis tayar seperti di bawah:

  • Cengkaman maksimum: Tayar yang mempunyai kegunaan untuk track-day mempunyai cengkaman yang baik. Walau bagaimanapun, ia hanya mungkin boleh bertahan pada 20 sehingga 30 km sahaja. 
  • Prestasi jalan basah: Untuk pemanduan jenis ini, tayar diperlukan adalah tayar mempunyai bunga untuk membantu merembes air hujan secara konsisten. Disamping menjadikan tayar lebih stabil, ia juga mampu mengurangkan kemungkinan aquaplaning. Aquaplaning adalah apabila keadaan tayar terapung disebabkan lapisan air yang terperangkap di bawah tapak tayar. Prestasi jalan basah turut baik untuk jenis tayar yang mengandungi adunan kompaun silika pada bunga tayar. 
  • Tahap NVH tayar: Ada beberapa jenis tayar mengeluarkan lebih banyak bunyi bising. Ini kerana jenis kompoun dan bentuk bunga tayar yang mempunyai resonan bunyi pada halaju tertentu. Tayar yang mengeluarkan bunyi bising ini tidak sesuai dipandu pada permukaan jalan yang tidak rata. 

6. Pastikan Ada Kod MS/E/DOT

Pastikan juga tayar yang anda beli memiliki tanda MS atau E atau DOT.

7. Beli Tayar Baru & Berkualiti

Elakkan membeli tayar terpakai yang melepasi tanda amaran botak (TWI) atau tayar yang telah di toreh/korek. Antara jenama tayar yang berkualiti di pasaran ialah: Bridgestone, Continental, Toyo Tyre, Goodyear, Michelin, Pirelli, Hankook, Dunlop dan sebagainya. 

NOTA: Untuk menyemak tayar yang diluluskan oleh SIRIM, sila layari laman web berikut: www.malaysiancertified.com.my 

tips beli tayar

Pengetahuan Asas Tentang Saiz Tayar Kereta

1. Lebar tayar

Secara amnya, tayar yang lebar mempunyai cengkaman yang kuat pada jalan. Namun begitu, tayar yang bersiz lebar akan membuatkan rintangan tayar pada jalan luas.

Ini boleh membuatkan enjin anda memerlukan beban yang tinggi untuk menggerakkan kereta. Tambahan pula, berat kereta anda akan bertambah dengan tayar yang lebar. Justeru itu, ia akan makan minyak kereta anda.

Penggunaan tayar lebar amat sesuai untuk kereta yang memerlukan cengkaman yang baik untuk pecutan yang pantas.

2. Ratio

Lebih tebal ratio tayar anda, lebih selesa perjalanan anda. Ini kereta ratio yang tinggi mempunyai daya serapan hentakan yang tinggi. Sebab tu kereta-kereta besar seperti SUV memerlukan ratio tinggi.

Manakala kereta-kereta performance boleh menggunakan tayar dengan ratio yang rendah sehingga 30. Ini kerana ratio yang rendah boleh membantu kereta ini membuat selekoh yang stabil.

Namun keburukan daripada ratio yang rendah adalah keupayaan untuk senang pancit, manakala keburukkan tayar yang ratio tinggi adalah selekoh yang kurang stabil dan senang terbabas apabila tayar pancit dikelajuan tinggi.

3. Diameter tayar

Apabila anda berhasrat untuk menukar tayar kereta anda, pastikan ianya sama dengan saiz rim sedia ada sekarang. Namun apabila anda berhasrat untuk menukar ke saiz yang lebih besar, pastikan ianya tidak memberi kesan buruk kepada kewangan anda. Pastikan juga saiz yang ditukarkan adalah sesuai dengan jenis kenderaan anda.

Penggunaan saiz yang berlainan seperti contoh, SUV yang asal menggunakan saiz 205/65/16 telah menukar kepada 215/45/17. Walaupun saiz diameter hanya meningkat satu inci, namun ratio yang serendah 45 tidak sesuai dengan SUV. Ini kerana SUV berat dan boleh menghasilkan daya hentakan kuat apabila lalu di lubang jalan.

Hentakan kuat sebegini boleh menyebabkan parts undercarriage kenderaan rosak. Oleh itu, pastikan anda tahu saiz tayar yang sesuai apabila menukarkan saiz tayar asal. 

Kredit: Syarikat Tayar Utara Perlis

Bila Perlu Ganti Tayar Kereta?

Selain itu, anda juga perlu mengetahui bilakan waktu yang tepat untuk mengganti tayar kereta anda. Tayar kereta perlu diganti sekiranya terdapat: 

  • Kesan rekahan
  • Tanda haus/tidak sekata
  • Benjol/bengkak di permukaan bunga atau dinding tayar
  • Tayar sudah digunakan melebihi 6 tahun

Tips Penjagaan Tayar Kereta

1. Sentiasa periksa angin tayar kereta sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua minggu sekali.

2. Ubah kedudukan tayar kereta secara berkala untuk mengelakkan tayar haus pada tahap yang sama. Bukan itu sahaja, cara ini dapat memanjangkan lagi jangka hayat tayar disamping mengurangkan risiko-risiko tayar rosak. Kita disyorkan untuk membuatkan pertukaran silang ini pada setiap enam bulan sekali atau pada setiap 10,000 km sehingga 13, 000 km sekurang-kurangnya. 

3. Betulkan alignment dan balancing tayar pada setiap tiga bulan. Ini juga bergantung kepada keadaan tayar kereta masing-masing. Proses alignment dan  balancing adalah penting untuk memastikan cengkaman tayar yang berkesan semasa berada di atas jalan raya. Balancing pula adalah sebuah proses apabila tayar diseimbangkan dengan meletakkan timah atau pemberat. 

4. Periksa tahap kehausan bunga tayar kereta selalu. Tindakan ini boleh mencegah dan juga boleh mengurangkan risiko kemalangan jiwa yang boleh membawa maut. 

Semoga semua tips yang dikongsikan di atas memberi manfaat untuk anda dalam memilih tayar kereta serta membantu untuk pemanduan yang selamat. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: