Proton X90 2023: Spesifikasi, Harga Terkini dan Cara Menempah
Proton X90 yang digembar-gemburkan sebelum ini kini telah diperkenalkan secara rasmi oleh Proton. Anda boleh buat tempahan sekiranya berminat untuk memiliki Proton X90 ini di semua cawangan Proton 3S dan 4S.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta keluaran proton yang terbaru ini, mari teruskan membaca.
BACA JUGA: Perodua Axia Terbaru 2023, Harga Terkini & Cara Menempah
Proton X90 2023
Untuk pengetahuan anda, Proton X90 2023 adalah merupakan SUV ketiga daripada Geely Haoyue selepas X70 dan X50 sebelum ini sekaligus bakal menjadi model flagship terbaru untuk jenama Proton di pasaran tempatan.
Selain itu, ia merupakan SUV enam atau tujuh-tempat duduk yang akan menjadi model paling besar dan canggih untuk Proton selepas X70.
Model terbaru ini dipasang di kilang Proton Tanjung Malim, dan tersedia dalam empat varian iaitu Standard, Eksekutif dan Premium untuk tujuh tempat duduk serta Flagship untuk enam tempat duduk.
Ciri-ciri Proton X90 2023
Dari segi luaran, Proton X90 merupakan sebuah SUV yang tidak kelihatan terlalu besar, walaupun sebenarnya mampu memuatkan maksimum tujuh penumpang dewasa dalam satu masa.
Ini menunjukkan bahawa rekaannya sangat optimum dan ‘pembaziran’ ruang kurang berlaku. Realitinya, saiznya memang lebih besar daripada X70.
Proton X90 datang dengan rekaan umum berkotak, dengan garis bumbung yang sekata dari depan sampai ke belakang. Kelebihan rekaan ini ialah ia membolehkan sesiapa sahaja termasuk orang dewasa yang tinggi, duduk dengan agak selesa.
Ini sangat penting kerana X90 ingin menjadi sebuah SUV keluarga, oleh itu, keselesaan adalah keutamaan.
Busur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan aura premium yang baru, mencipta penampilan yang kuat dan harmoni yang pasti akan memberi kesan yang hebat.
Kisi-kisi juga menakjubkan, dengan bentuk berlian yang terinspirasi dari corak songket, menunjukkan gerakan tidak terhingga, dan dengan pengamatan yang lebih dekat memperlihatkan corak berulang yang unik dalam “Weave” tanpa batas.
DNA reka bentuk evolusi ini terinspirasi oleh kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.
Di samping itu, Proton X90 juga memasangkan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V dengan enjin 1.5L TGDi, dengan Mild-Hybrid.
Sistem ini direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan, meningkatkan prestasi dan menyampaikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Proton X90 ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan baharu iaitu amaran pelanggaran belakang yang memberi amaran kepada pemandu tentang kemungkinan perlanggaran bahagian belakang. Ia hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Comfort dan Sport.
Antara tumpuan rekaan pada bahagian dalaman X90 ini adalah penggunaan fungsi keterhubungan menerusi skrin infotaimen berdiri sendiri yang bersaiz 12.3-inci pada bahagian tengah, manakala pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.
Bagi skrin sistem infotainmen, ia menampilkan pemproses EO2, ram 6 GB dengan memori dalaman 64 GB serta resolusi paparan 1920 x720 piksel.
Perincian keselamatan lain yang turut dibekalkan termasuk dua cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix di belakang, bantuan Auto Park, kamera 360 darjah dengan imej 3D serta sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS).
BACA JUGA: Toyota Vios 2023 – Harga Terkini Di Malaysia
Spesifikasi Enjin
Enjin : 1.5L TGDi 48V Mild-Hybrid
190ps dan 300Nm tork
Transmisi : 7-speed Dual Clutch Transmission (DCT)
Perbezaan 4 Varian: Standard, Eksekutif, Premium, Flagship
Proton X90 (standard) ini dilengkapi dengan lampu depan LED penuh, roda aloi 18 inci, tempat duduk fabrik, skrin infotainment 12.3 inci dan lampu undur dna 3 pilihan warna.
Spesifikasi Eksekutif didatangkan dengan sistem pemantauan tekanan tayar, pintu belakang berkuasa, tempat duduk kulit, tempat duduk kuasa pemandu, tempat duduk pengudaraan depan, kamera 360 dengan paparan 3D, serta pilihan warna tambahan Cinnamon Brown dan Red Ruby. Ia merupakan naik taraf daripada varian Standard.
Bagi spesifikasi Premium pula lengkap dengan sistem bantuan pemandu lanjutan, roda aloi 19 inci, tempat duduk kulit Nappa, tempat duduk kuasa penumpang depan, pengecas tanpa wayar, bantuan parkir kereta, serta pilihan warna tambahan Biru Marin.
Flagship, iaitu naik taraf daripada Premium pula didatangkan dengan bumbung matahari panoramik, tempat duduk kuasa penumpang depan dengan suis ‘Boss,’ serta kerusi kapten baris kedua.
Anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk info lebih lanjut.
Harga Proton X90
Harga rasmi Proton X90:
- 1.5 TGDi Standard : RM 123,800
- 1.5 TGDi Executive : RM 130,800
- 1.5 TGDi Premium : RM 144,800
- 1.5 TGDi Flagship : RM 152,800
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh terus pergi ke pusat edaran Proton berhampiran anda. Jika berminat, anda boleh terus buat tempahan.
Anda juga boleh layari pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:
Laman web rasmi : http://www.proton.com/
Kenyataan Akhbar Proton:
- BM – https://www.proton.com/ms-my/press-release/2023/march/proton-unveils-new-suv-to-malaysian-media/?fbclid=IwAR2xBHGtvR9Z5wWZi7S4uUdWa158f92ALjtkxDLm3B8BzjnhT-fq0D4D__Q
- BI – https://www.proton.com/en/press-release/2023/march/proton-unveils-new-suv-to-malaysian-media?fbclid=IwAR2OgslGw6_XpLkaY1vZ4URNzJ_ciL9c3QFk5L09OLzL9SQ1Fn0rLGrdNAs