Toyota Vios 2023 – Harga Terkini Di Malaysia

Buat penggemar kereta jenama Toyota, ini adalah berita yang ditunggu-tunggu. 

Tidak lama selepas ‘festival GR’ oleh UMW Toyota Motor di Malaysia, satu lagi berita yang berjaya menarik perhatian peminat jenama kereta ini apabila Toyota Vios 2023 generasi terbaru bakal dikeluarkan. 

Baca juga: Perodua Axia Terbaru 2023, Harga Terkini & Cara Menempah

Toyota Vios 2023

Toyota Vios Baru 2023 adalah sebuah kereta “fastback”  yang mempunyai 5 tempat duduk yang dihasilkan untuk keselesaan pengguna seisi keluarga. Menurut beberapa sumber, Vios 2023 serba baru ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini, iaitu 24 Februari 2023 oleh Toyota Malaysia. 

Walaupun ia masih belum membuat debut rasminya di Malaysia, Toyota Vios generasi akan datang sudah tersedia di Thailand, walaupun dikenali sebagai Toyota Yaris Ativ. Selain itu, di Indonesia juga sudah tersedia 3 varian kereta ini. 

Dengan reka bentuk yang sporty dan moden, Vios Baru 2023 merupakan pilihan yang sempurna bagi mereka yang mencari kereta yang bergaya dan selamat untuk kegunaan harian bersama keluarga.

Toyota Vios 2023

Ciri-Ciri Utama & Keunikan Toyota Vios 2023

Toyota Vios Baru 2023 adalah merupakan Vios generasi ke 4 (AC100) dan dilengkapi dengan 5 tempat duduk yang selesa, sesuai untuk pengguna yang berkeluarga. 

Ia menampilkan dimensi panjang keseluruhan 4,410 mm, lebar 1,740 mm, tinggi 1,480 mm dan jarak roda sejauh 2,620 mm. Manakala jarak rodanya pula adalah 70 mm lebih panjang yang tentunya memberi gambaran bahawa bahagian kabinnya dapat dihasilkan lebih luas.

Dengan enjin Continuously Variable Transmission (CVT) dan sesaran enjin 1498 CC,ia  bertenaga untuk memberikan prestasi terbaik. Selain itu, 107hp kuasa kuda yang dihasilkan memastikan anda dapat memandu dengan lancar.

Sebagai permulaan, sistem Audio Paparan 9-inci yang tersedia kini hadir dengan sokongan untuk Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay (sebelum ini berwayar sahaja).

Toyota Vios generasi baru ini diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), iaitu platform yang berkait rapat dengan Perodua Ativa, Alza 2022 dan Axia 2023. 

Anda boleh rujuk rajah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri dan keunikan Toyota Vios yang terbaru ini. 

Toyota Vios 2023

Harga Toyota Vios Baru 2023 Di Malaysia

UMW Toyota Motor (UMWT) telah membuka buku tempahan untuk Toyota Vios generasi keempat (kod dalaman AC100), yang akan ditawarkan dalam dua varian.

Anggaran harga bermula pada RM90,000 di atas jalan tanpa insurans untuk asas 1.5E, manakala 1.5G yang mendahului julat berharga RM96,000. Ya, hanya dua varian – 1.5J tahap permulaan dan GR-S yang lebih sporty telah diturunkan buat masa ini.

Tempoh menunggu untuk kereta Vios 2023 bergantung kepada booking que. Jika booking dibuat lebih awal dari sekarang, dianggarkan dalam 1 ke 2 bulan selepas official launch oleh Toyota Malaysia.

Toyota Vios 2023

Sekiranya anda mencari kereta sedan yang bergaya dan berpatutan untuk kegunaan harian, Vios Baru 2023 mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: