Stiker / Pelekat OKU: Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Stiker / Pelekat OKU ~ Memiliki sticker atau pelekat OKU bagi individu yang kurang upaya atau mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya adalah sangat penting bagi memudahkan urusan seharian terutamanya di jalan raya dan juga tempat letak kenderaan.
Jika anda nak tahu cara memohon sticker atau pelekat_OKU, jom baca perkongsian di bawah.
BACA JUGA: MyRailLife KTMB | Pas Perjalanan Percuma Untuk OKU & Pelajar
Pelekat Kenderaan OKU
Pelekat OKU adalah merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti kenderaan individu yang kurang upaya atau memiliki ahli keluarga yang kurang upaya.
Kenderaan yang memiliki pelekat_OKU ini mempunyai keistimewaan tertentu contohnya seperti tempat letak kenderaan yang khas dan sebagainya bagi membantu memudahkan mereka.
Pelekat ini hendaklah dipamerkan dengan jelas pada kedudukan yang tidak terlindung dihadapan dan belakang kenderaan. Kedudukan bagi mempamerkan pelekat OKU adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.
Rujuk panduan mempamerkan pelekat kenderaan OKU di bawah:
Syarat-Syarat Permohonan
- Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar, waris atau wakil pertubuhan/persatuan.
- Permohonan pelekat kenderaan kepada OKU fizikal yang berkerusi roda, memandu dan memiliki kenderaan yang dimodifikasi sahaja.
- Kenderaan didaftarkan atas nama OKU berkenaan yang memiliki Kad OKU dengan nombor rujukan bermula dengan ‘PH’ (OKU dengan kurang upaya fizikal) atau ‘CA’ (Nombor rujukan Kad OKU lama yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak) atau;
- Kenderaan telah didaftarkan di bawah kod kegunaan IA (Kenderaan Orang Cacat) atau;
- Kenderaan milikan persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar/mendapat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Cara Memohon Stiker / Pelekat OKU
1. Pergi ke mana-mana cawangan JPJ berhampiran anda.
2. Bawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:
- Permohonan oleh pemilik berdaftar kenderaan
- 1 Borang JPJK17
- Identiti Pengenalan Diri asal
- Kad Pendaftaran OKU asal, atau salinan jika permohonan dibuat oleh waris / wakil.
- Permohonan oleh waris
- 1 Borang JPJK17
- Identiti Pengenalan Diri asal waris
- Salinan Kad Pendaftaran OKU
- Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Permohonan oleh wakil pertubuhan/persatuan OKU
- 1 Borang JPJK17
- Identiti Pengenalan Diri asal wakil
- Surat pengesahan bagi persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
3. Permohonan anda akan diluluskan segera sekiranya dokumen dan borang permohonan anda lengkap.
Borang Permohonan
Anda boleh muat turun Borang Permohonan Pelekat Kenderaan OKU (JPJ K17): DISINI
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/permohonan-bagi-stiker-oku