MyRailLife KTMB | Pas Perjalanan Percuma Untuk OKU & Pelajar

Pas perjalanan tanpa had (MyRailLife KTMB) untuk orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah menaiki tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) telah dilancarkan. Dengan itu, pelajar sekolah dan orang kelainan upaya (OKU) berpeluang untuk menikmati perjalanan percuma dengan KTMB. 

Untuk ketahui lebih lanjut tentang pas ini dan cara untuk anda mendapatkannya, mari teruskan membaca. 

Pas MyRailLife KTMB

Pas MyRailLife KTMB ini adalah merupakan inisiatif pihak kereta api KTMB dan Kementerian Pengangkutan. Ia menawarkan perjalanan kereta api percuma untuk semua OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pelajar sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 berumur tujuh hingga 19 tahun.

MyRailLife KTMB

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pas MyRailLife mula dilaksanakan pada Rabu (15 Feb), memberikan penjimatan kos yang tinggi untuk komuniti orang kurang upaya dan kanak-kanak yang bersekolah.

Pas ini diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Laluan Perjalanan My Rail Life

  1. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat
  2. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves– Pulau Sebang Batu Caves)
  3. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas)

Tempoh Penggunaan

Tempoh penggunaan pas ini berkuatkuasa dari 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  • Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Cara Mendapatkan Pas MyRailLife

MyRailLife KTMB
  • Bagi pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU), anda boleh:
    • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)
    • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat.
  • Bagi pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klan, anda boleh:
    • Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.
  • Bagi pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara, anda boleh:
    • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)
    • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Pengguna sedia ada yang telah mempunyai PNR dan pengguna perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui online atau kaunter), anda perlu sediakan:

  1. No. PNR
  2. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  3. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Untuk pengguna perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter), anda perlu sediakan:

  1. MyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)
  2. Membawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife
  3. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Untuk pengguna perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melalui online atau kaunter), anda perlu sediakan:

  1. No. PNR
  2. MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  3. Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Bayaran & Pengaktifan Kad My Rail Life KTMB

  • Untuk Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) & Perkhidmatan KTM Komuter: Tiada bayaran dikenakan untuk pengguna konsesi sedia ada. Pas ini boleh terus digunakan bermula 15 Feb 2023. 
  • Bagi pengguna baru & pengguna kad MyRail5 :
    • Pengguna baru akan mendapat kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.
    • Pemegang kad MyRail5 juga perlu mendapatkan kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh rujuk  informasi lanjut mengenai Pas MyRailLife di pautan berikut: https://bit.ly/3S3qAbmMyRail-Life-Unlimited-Free-Travel-PassDownload 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: