MyDaftar OKU: Cara Daftar Kad OKU Digital

Tahukah anda terdapat banyak KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN OKU BERDAFTAR. Kepada anda yang berkategori OKU jangan lepaskan peluang ini, pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat atau secara online di MyDaftar OKU.

Ikuti cara mendaftar dan info selanjutnya mengenai sistem online ini.

MYDAFTAR OKU: KAD OKU DIGITAL

Pendaftaran OKU akan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Sistem pendaftaran OKU yang menggunakan platform Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat penambahbaikan melalui MyDaftar OKU.

Pendaftaran sekarang adalah secara dalam talian dan pemohon yang layak akan mendapat kad OKU digital yang membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan istimewa.

Antara kelebihan sebagai OKU berdaftar, JKM telah menyediakan pusat latihan iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi membantu golongan OKU dalam kehidupan seharian.

Baca juga:

Cara Pendaftaran MyDaftar OKU

Pendaftaran atas talian boleh dibuat di pautan berikut:

https://oku.jkm.gov.my

Sila rujuk maklumat terperinci melalui infografik berikut:

Mydaftar oku

Pihak JKM akan mengeluarkan Kad OKU Digital dalam tempoh 24 jam selepas permohonan itu diluluskan. Kad tersebut akan diberikan dalam bentuk kod QR.

Kad OKU Digital tersebut adalah selamat kerana dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan boleh digunakan di mana-mana premis atau kemudahan yang menyediakan aplikasi kod QR.

Oleh itu, kumpulan sasar ini tidak lagi perlu hadir ke pejabat kebajikan untuk mengambilnya.

Mudah kan?

Jom Daftar OKU!

Maklumat Lanjut

Kepada golongan OKU yang belum berdaftar, jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk info lanjut, sila rujuk maklumat melalui laman web https://oku.jkm.gov.my/

Sebarang pertanyaan mengenai SMOKU dan pendaftaran OKU, Sila hubungi atau emelkan kepada : Unit OKU JKM Negeri berkaitan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: