BKSS 6.0 Peniaga: Semakan Bayaran Fasa 2 RM750 (Disember 2021)
Penjaja, peniaga kecil baharu tidak berlesen boleh mohon BKSS selewatnya 30 Jun ini PENJAJA dan peniaga kecil baharu yang tidak berlesen bakal menerima bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 mulai 31 Julai 2021 ini secara berperingkat.
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak berkata penerima BKSS sebelum ini tidak perlu memohon permit tetapi perlu mengemaskini status akaun SarawakPay mereka.
Manakala bagi penjaja dan peniaga kecil berlesen, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mendapatkan maklumat mereka terus dari sistem pelesenan sedia ada.
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran & semakan kelulusan serta pembayaran BKSS 6.0 untuk Peniaga / Penjaja bagi tahun 2021.
Apakah BKSS 6.0 Peniaga / Penjaja?
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.
Bantuan ini telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 28 Mei 2021.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan adalah penjaga dan peniaga kecil tidak berlesen mestilah di kalangan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri ini berumur 18 tahun dan ke atas.
Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengekstrak maklumat mereka terus dari sistem perlesenan yang ada.
Bagi peniaga dan penjaja kecil yang tidak berlesen atau sementara, permohonan rayuan telah dibuka mulai 1 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021.
Pemohon yang layak adalah seperti berikut:
- Gerai makanan;
- Kunci kedai;
- Pasar;
- Kedai kampung / kedai terpencil;
- Barber / salun rambut;
- Kantin (pemilik individu)
Pemohon bagi kategori ini katanya hendaklah menjalankan perniagaan secara fizikal seperti mengusahakan gerai makanan, kiosk, gerai tepi jalan dan sebagainya dan bukannya secara dalam talian.
Peniaga juga perlu mendaftar dengan PBT bagi mendapatkan permit yang dikeluarkan PBT dengan tempoh permit adalah dari Jun hingga November 2021.
Cara Permohonan BKSS 6.0 Peniaga & Kemaskini Maklumat
Penerima yang telah lulus atau penerima sebelumnya tidak perlu memohon izin, tetapi perlu mengemas kini status akaun SarawakPay mereka di PBT.
Aplikasi tersebut boleh diaplikasikan melalui platform dalam talian
(https://community-service.sarawak.gov.my/community/loadLandingPageRegistration) atau aplikasi manual di PBT
Panduan Mendaftar SarawakPay Untuk Menerima Pembayaran BKSS 6.0 Peniaga / Penjaja
BAGI YANG BELUM MENDAFTAR, BERIKUT PANDUAN UNTUK ANDA MENGISI PERMOHONAN UNTUK MENERIMA BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS 6.0) PENIAGA / PENJAJA
1. Download Aplikasi Sarawak pay (pastikan anda daftar serta ingat username, password dan nombor telefon) ingat! Jangan salah ok.
2. Selesai mendaftar, sudah mempunyai username untuk Sarawak pay. Barulah anda klik link BKSS berikut: https://community-service.sarawak.gov.my/…/loadAddPageR…
** sedikit peringatan ya, jangan buka guna Google ok. Sila guna browser lain sebagai contoh, Internet Explorer. Sekiranya anda membuka menggunakan Google. OTP mesej anda mungkin tidak akan masuk terus ke nombor telefon yang telah anda daftarkan tadi. Maka seeloknya perlu guna Internet browser ya.
3. Dalam Borang BKSS berikut, anda boleh terus mengisi dan secara automatik anda terus mendaftar permit sementara. Jadi, di bahagian borang tersebut, anda boleh abaikan dan tak perlu isi.
4. Bagi memudahkan lagi pendaftaran anda, sila isi kesemua ruang kosong yang bertanda bintang merah. Wajib isi, sekiranya ada yang tidak perlu diisi boleh abaikan. Dan akhir sekali, anda boleh submit ‘Done’.
5. Selepas hantar, anda telah berjaya untuk memohon permit sementara yang sah.
6. Selesai mendaftar, anda hanya perlu menunggu keputusan sama ada permohonan anda layak atau tidak pada bulan Julai ini. Bagi yang berjaya, bantuan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Sarawak pay berjumlah RM750 (bayaran pertama hujung bulan Julai 2021) dan RM750 untuk bayaran kedua pada bulan Disember 2021 kelak.
Kadar Bayaran
Penerima akan dibayar sejumlah RM 1,500 dalam 2 fasa:
- Fasa I: RM750 pada bulan Julai 2021
- Fasa II: RM750 pada Disember 2021
Bayaran bagi BKSS akan disalurkan menerusi SarawakPay dengan fasa pertama RM750 akan dibayar pada Julai ini manakala baki RM750 akan dibayar di bawah fasa kedua pada bulan Disember tahun ini.
Baca juga: BKSS 6.0: Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang
Semakan Status BKSS 6.0
Permohonan boleh dibuat menerusi platform dalam talian https://community-service.sarawak.gov.my atau permohonan manual di PBT masing-masing.
Sila rujuk pautan berikut untuk tujuan:
Terdapat beberapa jenis status yang akan diterima iaitu RECOMMENDED, LULUS atau SUBMITTED.
Peniaga / penjaja yang LULUS juga akan menerima SMS seperti yang tertera di bawah:
Baca juga: BPKNS: Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Tarikh & Kaedah Bayaran BKSS Penjaja 2021
Bayaran pertama dijangka akan dikreditkaJulai 2021.Julai 2021.
Pembayaran untuk BKSS akan disalurkan melalui SarawakPay, seperti juga bayaran seperti tahun sebelum ini.
Selain menggunakan kredit RM750 ini secara e-wallet dengan di kedai-kedai yang berdaftar, bayaran yang diterima ini juga boleh dipindahkan ke akaun masing-masing atau dituntut di BSN secara tunai.
Proses pemindahan akan dikenakan caj RM1 dan akan mengambil masa dalam 7 hari bekerja.
Rujuk: https://sarawakpay.sarawak.gov.my/
Baca juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran Pertama i-Citra KWSP (Ogos 2021)
Maklumat Lanjut
Kepada yang berstatus Gagal, Not Recommended, ataupun Tiada Dalam Rekod ketika semakan BKSS Peniaga 6.0 ini, apa yang boleh dilakukan adalah cuba menghubungi pihak PBT untuk mengenalpasti punca permohonan yang tidak berjaya.
Berikut disertakan talian telefon dan laman web untuk pertanyaan lanjut dan makluman bersama
- DBKU-082448763/082446688
- MBKS-082242311/082354200
- MPP-082615566
- https://community-service.sarawak.gov.my/community/loadLandingPageRegistration