in

Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadan Selangor 2021

bantuan peniaga bazar ramadan selangor 2021
ADVERTISEMENT

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju melaksanakan penyaluran bantuan khas RM500 kepada peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 di enam (6) daerah Negeri Selangor yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Permohonan boleh dibuat mulai 21 Mei 2021.

Berikut adalah maklumat lanjut dan info terkini tentang bantuan khas berkenaan yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor.

ADVERTISEMENT

Apakah Bantuan Khas Peniaga Bazar Ramadan Selangor 2021?

Ketika PKP diumumkan di Selangor, bazar Ramadan telah diarahkan tutup dan menyebabkan pendapatan peniaga bazar terjejas.

Susulan itu, YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 5 Mei 2021 telah mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 di enam (6) daerah Negeri Selangor yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Syarat Kelayakan

  1. Peniaga Bazar Ramadan yang berlesen/ berdaftar sama ada di bawah Majlis atau di bawah Penganjur (berdaftar dengan Majlis) sahaja yang layak menerima bantuan (rujuk soalan-soalan lazim).
  2. Sembilan (9) kawasan Majlis/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat bagi bantuan ini adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kuala Langat.
  3. Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih dari satu (1) petak bazar atau lesen/ permit dari Majlis yang sama atau berbeza.

Baca juga: eBelia: Cara Penebusan eWallet RM150 Mulai 1 Jun 2021

Cara Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor 2021

  1. Pemohon perlu melayari laman web www.selangorprihatin.com dan menyemak kelayakan menggunakan nombor Kad Pengenalan masing-masing sebelum menghantar permohonan.
  2. Sistem akan menolak secara automatik mana-mana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.
  3. Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank yang masih aktif bagi tujuan penyaluran bantuan.
  4. Maklumat pemohon (pemilik lesen/ permit) dan maklumat akaun bank hendaklah individu sama bagi memastikan bantuan disalurkan terus serta mengelakkan masalah teknikal.
  5. Sekiranya pemohon mempunyai masalah akaun bank seperti muflis, tidak aktif dan sebagainya, penyaluran bantuan akan dikendalikan secara berasingan (rujuk soalan-soalan lazim).
  6. Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Baca juga: SOP PKP 3.0 Terkini (Berkuatkuasa Dari 25 Mei 2021)

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 21 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021.

Tarikh Penerimaan Bantuan

Penyaluran bantuan RM500 akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh
14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.

Maklumat Lanjut

Mohon sekarang di www.selangorprihatin.com dan isikan maklumat peribadi serta perniagaan anda.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, hubungi SELCARE di 1-800-22-6600 atau e-mel ke [email protected]

ATAU

Sila rujuk Soalan Lazim di bawah:

1. Saya merupakan peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 di Negeri Selangor di bawah
Penganjur. Namun Penganjur tersebut tidak berdaftar dengan Majlis, adakah saya layak?

Tidak layak. Hanya peniaga di bawah Penganjur berdaftar dengan Majlis sahaja layak.

2. Saya merupakan peniaga/ penjaja yang berlesen dalam bulan Ramadan tahun 2021 di Negeri Selangor namun bukan di lokasi Bazar Ramadan yang ditetapkan oleh Majlis, adakah saya layak?

Tidak layak. Hanya peniaga di lokasi Bazar Ramadan yang ditetapkan Majlis sahaja layak.

3. Saya merupakan peniaga Bazar Aidilfitri (Ekspo Raya) tahun 2021 di Negeri Selangor yang berlesen/ berdaftar dalam kawasan PKP, adakah saya layak?

Tidak layak. Hanya peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 sahaja layak

4. : Saya merupakan peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 di Negeri Selangor yang berlesen/ berdaftar, namun apabila saya mengisi nombor Kad Pengenalan, maklumat di laman web menunjukkan nombor Kad Pengenalan saya tidak wujud. Apa perlu saya lakukan?

Di sini ada beberapa kemungkinan iaitu:
i) Nombor Kad Pengenalan yang didaftarkan di Majlis untuk kelulusan lesen/ permit adalah berbeza dengan nombor Kad Pengenalan sebenar pemohon; ATAU
ii) Pemohon bukan merupakan peniaga Bazar Ramadan di enam (6) daerah dalam kawasan PKP.
Untuk kepastian, sila rujuk dengan Majlis yang meluluskan lesen/ permit

5. Saya tidak mempunyai akaun bank yang aktif. Boleh kah saya mengisi nombor akaun bank orang lain?

Pemohon yang mempunyai masalah akaun bank akan diuruskan secara berasingan. Sila
emel ke [email protected] dan sertakan maklumat dan dokumen berikut:

Nyatakan Maklumat
a) Sebab menggunakan akaun bank milik orang lain (pasangan atau anak).
b) Hubungan dengan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak)

Lampirkan Dokumen
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon (pemilik lesen/ permit).
b) Salinan penyata akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
c) Salinan Kad Pengenalan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).

Saya telah mengisi borang dengan lengkap dalam tempoh ditetapkan, namun bantuan RM500 belum diperolehi selepas 14 hari bekerja. Apa perlu saya lakukan?

Berkemungkinan maklumat akaun bank pemohon berbeza ATAU tidak tepat menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi SELCARE Hotline di talian 1-800-22-6600 (24 jam) bagi mendapatkan pengesahan bayaran bantuan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

i-sinar bulan jun

Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun 2021 & Tempoh Akhir Pembayaran

Sales Sehingga 55% Untuk Pelbagai Barangan Berjenama Di Lazada. Jom Shopping!