Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan MAFI (PLKPK)

Bidang kemahiran TVET melalui Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) MAFI ini menjanjikan peluang pekerjaan lebih banyak, berbanding bidang akademik dan ini dapat mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan graduan institusi pendidikan tinggi.

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

Berminat?

Jom ketahui lebih lanjut dan sertai PLKPK!

Apakah PLKPK?

PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).

Objektif program ini adalah :

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kelebihan PLKPK

Kelebihan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan termasuklah

  • Yuran pengajian percuma *
  • Elaun RM200-RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum disediakan

* Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

Bidang Yang Ditawarkan

Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.

Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Tanaman
  2. Pengeluaran Padi
  3. Ternakan Ruminan
  4. Ternakan Poltri
  5. Akuakultur Marin
  6. Akuakultur Air Tawar
  7. Teknologi Perikanan Tangkapan
  8. Pemprosesan Makanan
  9. Pemasaran

Tempoh Persijilan

Persijilan

  1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Tempoh Latihan

  • Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)
  • Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 25 tahun pada tarikh pendaftaran
  • Memiliki (lulus) sijil SPM
  • Boleh membaca, mengira dan menulis. 
  • Sihat tubuh badan
  • Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP)

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
  • Berumur 18-25 tahun
  • Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan

Cara Permohonan

Pengambilan pelatih baru Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web di pautan berikut :

  1. Kemasukan Januari
  1. Kemasukan Julai

Permohonan Online Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)

Panduan permohonan:

  1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  4. Pastikan anda menekan butang (Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  5. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu (Kemaskini boleh dilakukan 3 kali sahaja)
  6. Pastikan anda menyimpan No. Kemaskini untuk membuat kemaskini seterusnya.

Pautan pendaftaran : https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/

Baca juga:

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui atas talian di pautan ini:

Semakan Keputusan Permohonan Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

FB / Insta / Tiktok : blkpmafi

Dr Syamsiah (03-8870 1677)
Mohd Aizol (03-8870 1702)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: