eBelia: Cara Penebusan eWallet RM150 Mulai 1 Jun 2021
Cara penebusan kredit eWallet RM150 melalui program eBelia 2021 melalui BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program khusus untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa itu akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.
Program eBelia ini akan ditambah baik dengan nilai kredit menerusi program itu ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150, bermula 1 Jun 2021 ini.
Berikut adalah maklumat terkini tentang Program eBelia untuk makluman bersama.
Apakah Program eBelia 2021?
Program eBelia ini merupakan bayaran secara one-off ke dalam eWallet yang diberikan kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, jumlah kredit yang diberikan ialah sebanyak RM50 pada awalnya.
Dalam Belanjawan 2021, ia telah dinaikkan kepada RM100, dan yang terkini bayaran eWallet RM150 pula diumumkan melalui PEMERKASA.
Baca juga: PEMERKASA: Subsidi Telefon Pintar / Peranti RM300 Untuk Pendidikan
Kelayakan Penerima Kredit eBelia RM150
Seperti yang diumumkan, program eBelia ini dikhususkan untuk 2 golongan sasaran berikut iaitu:
- Golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun ATAU
- Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
NOTA: Belia yang berumur melebihi 20 tahun tetapi merupakan penuntut sepenuh masa LAYAK untuk menerima manfaat eBelia ini.
Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-Tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-Tunai berikut:
- BigPay
- Boost
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.
Tarikh Bayaran / Tempoh Tuntutan Kredit eBelia 2021
Tempoh tuntutan kredit Program eBelia ini mulai 1 Jun hingga 22 Julai 2021, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media terkini.
Cara Penebusan eWallet RM150
eBelia boleh ditebus melalui 4 perkhidmatan e-Tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Cara penebusan adalah seperti berikut:
- Muat turun salah satu penyedia perkhidmatan e-Tunai berikut:
- Sila daftar dan isikan maklumat diri anda.
- Sahkan maklumat pendaftaran.
- Tebus kredit eBelia RM150 mulai 1 Jun 2021.
Lain-lain Inisiatif Untuk Golongan Belia
Selain e-wallet, berikut adalah beberapa lagi inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia melalui pengumuman PEMERKASA.
- New Gen Entrepreneur Online Bootcamp diperkenal bimbing 2,000 usahawan belia berniaga dalam talian
- RM10 juta dana tambahan bagi perluas program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), manfaat 1,800 peserta
- Kerajaan perkenal Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA bantu mereka ceburi bidang perniagaan
- Pendaftaran SSM percuma untuk belia di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Maklumat penuh: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/index.php/ms/