Peluang Keemasan! Harga Kereta Murah Lagi Sebab Cukai Jualan
Sudah lama PKP telah dikuatkuasa bagi membendung penularan Covid-19. Banyak sektor yang terkesan termasuklah sektor automotif.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pengecualian cukai jualan kereta pemasangan tempatan (CKD) dan pemasangan luar negara (CBU) dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.
Ekonomi automotif dapat dirancakkan lagi dengan usaha perlaksanaan pelan ini. Mestilah para netizen yang teruja dengan pengumuman yang dibuat terutamanya mereka yang tidak terjejas dari segi ekonomi semasa musim penularan Covid-19.
Cukai jualan bagi model CBU bakal dimansuhkan sebanyak 50% bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020 manakala bagi model CKD akan dimansuhkan cukai jualan sebanyak 100%. Wow! Banyak tu.
Untuk pengetahuan, cukai kereta terdiri daripada beberapa cukai, antaranya:
- Cukai import 30%
- Cukai eksais 75% – 105% (bergantung kepada cc kenderaan)
- Cukai jualan sebanyak 10% (inilah cukai yang dikecualikan)
Perbandingan situasi yang berlaku dengan tax holiday turut dibuat di laman Paul Tan seperti yang berlaku pada tahun 2018. Iaitu semasa pertukaran daripada sistem cukai GST kepada sistem cukai SST.
Pengecualian Cukai Jualan Kereta Nasional
Untuk pengetahuan semua, harga salah satu kereta nasional kita, Perodua Myvi 1.5 Advance AT dapat dijimatkan sebanyak RM1,903.77 atau 3.52% daripada harga RM54,090 termasuk SST pada 2018 menerusi harga sempena tax holiday.
Pengecualian Cukai Jualan Kereta Luar
Begitu juga kereta berjenama Jepun ini turut dibandingkan. Contohnya seperti Honda City 1.5V yang ditawarkan pada harga RM86,893 termasuk SST telah dapat menjimatkan sekitar RM2,688 atau 3.09% kepada pembeli.
Ini semua kerana hasil menerusi pelan terbaru kerajaan yang diumumkan baru baru ini.
Oleh yang sedemikian, harga kereta bakal kurang daripada 10% akibat pengumuman pengecualian cukai jualan itu sahaja. Bukanlah sehingga 50% yang merangkumi semua cukai kenderaan.
Marilah sama sama nantikan pengumuman susulan daripada pihak syarikat automotif terbabit serta harga baharu sempena pelan yang diumumkan oleh pihak kerajaan.
Mesti tak sabar hendak bawa kereta baru. Jom kita nantikan ya!
Sumber : Paul Tan