in

Wow! ‘The Beast’, Kereta Paling Kebal Di Dunia Khas Buat Donald Trump

Kereta Paling Kebal Di Dunia

Seluruh dunia diketahui umum betapa penting isu keselamatan pemimpin. Proton Perdana pula sangat sinonim di Malaysia sebagai kereta rasmi orang VVIP.

Walaupun terdapat kebanyakan kereta lain yang digunakan oleh orang atasan, ‘The Beast’ ini masih tiada tolok bandingnya dari segi keselamatan.

Mari kenali dengan lebih dekat mengenai sistem keselamatan yang ada pada ‘kereta kebal’ ini.

CIRI LUARAN

Bahagian luaran kereta ini mampu menghalang bom dan peluru kerana disaluti perisai ketenteraan setebal sekurangnya 5 inci, terdiri daripada campuran besi, aluminium titanium dan seramik.

Kepingan perisai setebal 8 inci digunakan di bahagian pintu dan ia seberat pintu Boeing 757. Ruang kabin terlindung 100 peratus daripada ancaman luar bila pintu ditutup. Ia juga mampu menahan serangan kimia dan mengalirkan arus elektrik untuk elak pencerobohan.

Tingkap kereta ini juga mampu menahan serangan peluru penembus perisai kerana terdiri dari 5 lapisan cermin dan polikarbonat. Ia tidak boleh dibuka kecuali di sebelah pintu pemandu dan boleh dibuka hanya 3 inci.

Lapisan kepingan besi digunakan di bahagian casis untuk menahan daripada letupan bom. Lapisan besi turut digunakan di bahagian tayar supaya tidak terkoyak atau pancit. Walaupun tayar hancur, kereta tetap boleh dipandu kerana ada lapisan rim besi dalam tayar.

Gambar dari DailyMail UK

CIRI DALAMAN

Ruang kabin The Beast terbahagi empat ruang yang dipisahkan lapisan cermin perisai dan cermin ini boleh diturunkan oleh Presiden sahaja. Butang keselamatan panik dan ruang simpanan udara oksigen turut disertakan.

Telefon satelit ada di belakang kerusi Presiden yang disambungkan terus ke Naib Presiden dan pejabat Pentagon untuk kegunaan kecemasan.

Sekiranya berlaku kemalangan dan terbakar, tangki minyak ini direka khas dengan lapisan perisai besi dan mengandungi bahan salutan minyak untuk elak letupan. Alat pemadam api, penghalang asap dan gas pemedih mata turut dimuatkan di ruangan but.

KELENGKAPAN LAIN

Kereta ini mempunyai bekalan darah yang sama jenis dengan Presiden sebagai persediaan sekiranya memerlukan pemindahan darah. Ia turut dilengkapi senjata keselamatan seperti senapang patah dan pelancar pemedih mata.

Sistem komunikasi lengkap dan sistem navigasi GPS turut sedia ada di bahagian pemandu. Sensor kamera dan radar yang terselindung di bahagian gril bahagian depan turut dilengkapi untuk memastikan keselamatan bahagian depan kereta.

Pemandu kereta ini juga bukan calang-calang orang. Hanya terdiri daripada pegawai keselamatan terlatih dan mampu memandu dalam situasi kecemasan, antaranya mengelak serangan, melakukan J-turn dan buat putaran 180-darjah.

Untuk mengelakkan dikejar kenderaan musuh, kereta ini mampu menyembur minyak. Ini hanyalah ciri-ciri asas yang didedahkan kepada umum. Pasti ada banyak lagi ciri keselamatan lain yang terdapat pada ‘The Beast’ ini sekali gus menjadikan ia kereta paling selamat di dunia.

Sumber : DailyMail UK

What do you think?

Written by izzuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Daftar Online Nikah

Mudahnya Daftar Nikah, MyKad dan Sijil Lahir Secara Online

Resepi Nasi Briyani Pakistan Che Nom

Resepi Nasi Briyani Pakistan Special Che Nom #Raya #Bersamasaya