Jangan Tahu Drive Je. Ini Maksud 15 Simbol Amaran Pada Dashboard Kereta Anda
MAKSUD SIMBOL AMARAN PADA DASHBOARD / METER KERETA ANDA
Berapa banyak simbol pada dashboard kereta yang anda tahu?
Simbol yang biasanya menyala hanyalah simbol handbrake atau minyak petrol yang perlu diisi segera. Sebenarnya banyak lagi simbol yang anda perlu tahu maksudnya.
Biasanya simbol-simbol ini akan menyala sebagai isyarat amaran sesuatu yang tak kena pada kereta anda.
Jadi, memang penting untuk kita fahamkan maksud simbol-simbol ini.
Jom kita kenali 15 simbol pada dashboard kereta serta maksudnya.
MAKSUD 15 SIMBOL PADA DASHBOARD / METER KERETA ANDA
1. Amaran Suhu Enjin
Simbol ini akan menyala jika suhu enjin anda terlalu panas. Jika anda nampak simbol ini, anda perlu berhentikan kereta dan tutup enjin bagi mengelakkan overheat dan kerosakan yang lebih teruk.
2. Amaran Tekanan Tayar
Simbol ini pula bermaksud tekanan di salah satu tayar anda terlalu rendah dan perlu diperiksa segera.
3. Amaran Paras Minyak Hitam
Jika simbol ini muncul, bermakna enjin anda kekurangan minyak hitam atau terdapat kerosakan pada sistem tekanan minyak enjin.
Baca juga: Skim Jaminan Kredit Perumahan: Pendapatan RM1000 & Tiada Slip Gaji Layak Memohon
4. Kawalan Penstabil Kenderaan
Simbol ini menandakan kawalan penstabil kereta sedang diaktifkan. Jika ia muncul, perlahankan kereta anda supaya pergerakan kereta lebih stabil dan selamat.
Jika masih menyala walaupun anda memandu perlahan, segeralah bawa kereta untuk diperiksa di bengkel.
5. Amaran Enjin
Simbol ini boleh menyala atau berkelip jika ada masalah pada bahagian enjin kereta.
Periksalah bahagian enjin segera jika didapati menyala.
6. Amaran ABS (Antilock Braking System)
Jika simbol ini muncul, ia bermakna brek sistem anti-lock kereta anda ada masalah. Kereta anda perlulah diperiksa segera.
7. Amaran Bateri
Bila bateri kereta anda lemah, simbol ini akan muncul. Untuk hidupkan enjin, bateri kereta anda perlulah dicas atau diganti baru.
8. Simbol Minyak Kereta
Simbol ini ialah salah satu yang paling common bagi pengguna kereta. Isilah minyak cepat-cepat di stesen minyak berdekatan!
9. Amaran Tali Pinggang Keledar
Simbol ini adalah sebagai peringatan bagi memasang tali pinggang keledar sebelum anda mulakan perjalanan. Sesetengah kereta juga dilengkapi dengan isyarat bunyi jika pemandu dan penumpang belum memasang tali pinggang keledar.
10. Isyarat Airbag
Airbag sangat penting di saat kecemasan. Jika simbol ini menyala, ini bermakna salah satu airbag anda mempunyai masalah.
Segeralah periksa kereta di pusat servis demi keselamatan anda dan penumpang.
11. Isyarat Lampu Kabus
Isyarat ini akan muncul jika anda membuka lampu kabus.
12. Isyarat Keselamatan
Simbol ini menandakan terdapat kerosakan pada penggera sistem anti-theft yang anda pasang.
13. Lampu Amaran Brek
Biasanya ia hanya akan menyala jika anda tarik handbrake.
Tapi, jika ia masih menyala bila anda memandu, ia mungkin bermakna kereta anda kekurangan minyak brek atau ada masalah lain. bawalah kereta anda ke pusat servis segera.
14. Isyarat Lampu Tinggi
Isyarat ini muncul bila anda nyalakan lampu tinggi atau high beam.
Sesuai digunakan kalau anda lalu di kawasan kampung atau jalan gelap, namun elak gunakannya jika tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan penglihatan pemandu dari arah bertentangan silau.
15. Amaran Paras Air Wiper Rendah
Segera topup air wiper jika isyarat ini muncul di dashboard.
Penting Untuk Kita ‘Alert’ Dengan Semua Simbol Ini
Sebelum anda mulakan perjalanan, periksa semula jika ada mana-mana simbol yang muncul di dashboard.
Jangan pula kita buat tak tahu saja kerana ia mungkin menandakan kereta anda mempunyai masalah yang perlu diberi perhatian segera.
Kalau dibiarkan berlarutan, ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian tertentu atau menjejaskan fungsi pada bahagian kenderaan anda.
Nota : Sesetengah simbol mungkin berbeza mengikut model kereta. Periksalah manual kereta anda untuk maklumat lebih lanjut mengenai simbol pada dashboard anda.
Baca juga: Pandu Perodua Ativa Pada Hanya RM57 Untuk Bulan Pertama Dengan Flux
Sumber rujukan:
- 15 Common Warning Lights On Your Car Dashboard And What They Mean
https://says.com/my/tech/car-dashboard-symbols - 13 Maksud di Sebalik Simbol Pada Papan Pemuka Kereta. Jika Menyala apa Maknanya
https://www.maskulin.com.my/13-maksud-sebalik-simbol-pada-papan-pemuka-kereta-jika-menyala-apa-maknanya/