in , ,

Pandu Perodua Ativa Pada Hanya RM57 Untuk Bulan Pertama Dengan Flux

ADVERTISEMENT

Jika anda peminat kenderaan SUV pastinya anda ingin mencuba Perodua Ativa. Ini kerana model ini menjadi buruan dan mendapat permintaan tinggi sejak ianya diperkenalkan.

Tak mampu tak semestinya tidak dapat merasa. Ini kerana anda kini boleh memandu Perodua Ativa dengan aplikasi Flux.

ADVERTISEMENT

Flux menawarkan Perodua Ativa 1.0H yang dikuasakan oleh enjin 1.0-liter 3-silinder turbo yang menjana 97hp dan 140Nm tork, dipadankan dengan CVT.

Dari segi dalaman pula, model ini dilengkapi dengan sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 7-inci serta kluster instrumen digital.

Dari segi keselamatan, Ativa didatangkan dengan ABS, Vehicle Stability Control, Traction Control dan enam beg udara.

Pakej sistem keselamatan model ini juga lengkap dengan Advanced Safety Assist yang terdiri daripada Pre-Collision Warning And Braking, dan Lane Departure Warning And Prevention.

Dengan melanggan SUV ini dengan aplikasi Flux, anda boleh memandu Perodua Ativa dengan langganan RM57 untuk bulan pertama bersempena dengan bulan Merdeka ini.

Untuk langganan tempoh pendek, anda boleh pilih RM1,601 untuk kontrak 24 bulan, atau RM1,901 untuk 12 bulan.

Anda juga boleh melanggan dengan kontrak sehingga 36 bulan. Bulanan akan menjadi lebih rendah namun anda hanya perlu membayar pendahuluan RM2,303, kemudian langganan setiap bulan berjumlah RM1,425 selama 36 bulan.

Pelan Flux hadir dengan pakej perbatuan Lite sebanyak 1,250km sebulan, namun anda boleh naik-taraf kepada 2,000km sebulan atau tanpa had dengan kos tambahan.

Selain itu, Flux juga mempunyai perkhidmatan wakil yang akan mengambil dan menghantar kereta ke pusat servis apabila tiba waktu untuk servis. Jadi anda tidak perlu bersusah payah membuat temujanji dan sebagainya.

Berminat untuk memandu Perodua Ativa boleh dapatkan di aplikasi Flux atau layari https://driveflux.com untuk maklumat lanjut.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

skim jaminan kredit perumahan skjp 2021

Skim Jaminan Kredit Perumahan: Pendapatan RM1000 & Tiada Slip Gaji Layak Memohon

Tips Merebus Kerang Dengan Betul Yang Ramai Tak Tahu!