“Saya Akan Menjadi Antara Individu Pertama Menerima Suntikan Vaksin COVID-19” – PM Muhyiddin

“Saya akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.”

“Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan (frontliners) sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.”

Begitulah antara kata-kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang disiarkan melalui Siaran Khas Perkembangan Terkini Mengenai Bekalan Vaksin Covid-19 sebentar tadi.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/3623696794375520

Jelas Perdana Menteri, ia langkah untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan memastikan bekalan vaksin dapat diperolehi pada kadar segera.

Bekalan Vaksin Covid-19 Pertama Akan Diterima & Diberikan Pada Bulan Februari 2021

Dalam perutusan khas mengenai vaksin COVID-19 yang dibuat secara maya itu juga, beliau memberitahu bahawa bekalan vaksin akan tiba di Malaysia untuk orang awam pada bulan Februari 2021.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021,” kata beliau menerusi sebuah laporan terkini dari Astro Awani.

Dalam pada itu, jelas Muhyiddin, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin setelah diperolehi dan digunakan.

Di luar negara, bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengambil dos suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Christiana di Newark, Delaware.

Ia disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada Isnin, sebagai sebahagian usaha pemimpin AS meyakinkan rakyat tentang keselamatan vaksin tersebut.

suntikan vaksin covid-19 malaysia

Apa Kata Anda?

Selaras dengan ini, KKM juga mempelawa orang awam untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Ia bertujuan untuk mengenalpasti pandangan rakyat berkaitan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Jom sama-sama suarakan pandangan anda dalam tinjauan ini:

KKM: Terima Atau Tolak Vaksin Covid-19? Suarakan Pendapat Anda Di Sini

vaksin covid 19 malaysia
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: