KKM: Terima Atau Tolak Vaksin Covid-19? Suarakan Pendapat Anda Di Sini
KKM mempelawa anda untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Sila klik http://tiny.cc/Vcovid19 untuk menjawab soalan.
Posting di Facebook dan Twitter dari Dr Noor Hisham tentang tinjauan khas oleh KKM ini.
Genap setahun sejak kes COVID-19 mula dilaporkan pada 19 Disember 2019 di Wuhan, China, kini Malaysia sedang dalam proses untuk mendapatkan vaksin Covid 19 bagi membantu rakyat mengekang virus ini dengan lebih berkesan.
Pemilihan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer adalah berdasarkan laporan interim ujian klinikal yang menunjukkan keberkesanan vaksin adalah 95% dalam mencegah jangkitan wabak itu.
Menurut laporan BERNAMA, syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer telah membuat permohonan pendaftaran bersyarat dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), pada 15 Disember lepas bagi penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.
Baca juga: Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia
Pengumuman terbaharu oleh YAB Perdana Menteri yang terkini menyatakan bahawa vaksin Covid 19 di Malaysia adalah PERCUMA dan akan diberi keutamaan kepada golongan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya kini sedang membuat penilaian bagi vaksin itu dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk itu untuk digunakan di Malaysia berdasarkan dokumen yang telah ditunjukkan.
“Dijangka koresponden dan proses libat urus syarikat akan dimulakan pada akhir bulan ini dan NPRA telah pun mengenal pasti 11 pakar perubatan dalam bidang berkaitan untuk melihat dokumen berkenaan yang telah diserahkan kepada KKM,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19.
Baca juga: Cara Kemaskini Status Zon Covid-19 Melalui MySejahtera
Susulan itu, KKM juga membuat tinjauan ini untuk mengenalpasti pandangan rakyat berkaitan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Jadi, jom suarakan pendapat anda ok!