Panik! Ibu Kongsi Detik Cemas & Bahaya Sapu Minyak Angin Pada Bayi

MULUT ANAK BERBUIH & BERDARAH, IBU KONGSI BAHAYA SAPU MINYAK ANGIN PADA BAYI

Minyak angin memang selalu digunakan kalau kita alami masalah hidung tersumbat, pening kepala, loya dan sebagainya kan?

Tapi tahukah anda, minyak angin sebegini TIDAK SESUAI untuk bayi bawah 2 tahun!

Mungkin ramai yang tidak alert dan menganggap perkara ini remeh.

Namun, detik cemas akibat penggunaan minyak angin pada bayi ini pernah berlaku dan dikongsikan oleh seorang ibu, Faranem Rosmadi.

Perkongsian tersebut menjadi tular dan ibu ini berharap ia dapat menjadi peringatan berguna serta iktibar buat ibu bapa di luar sana.

Berikut kami kongsikan perkongsian sepenuhnya:

INGAT, JANGAN SAPU MINYAK ANGIN DEKAT HIDUNG BABY! HATTA BATANG HIDUNG SEKALIPUN

Dekat setahun aku simpan kekuatan nak cerita tentang ni. tentang pengalaman sendiri. perit bagi aku, tapi ilmu bagi korang sebagai ibubapa. trauma sungguh aku. ye jadi dekat aku, yang kerja misi ni.

Ayad fayaash ni lahir dengan sangat mudah. alhamdullilah atas rezeki.

Tapi start dia umur 20 hari, pernafasan dia mcm berbunyi. bunyi macam hidung tersumbat tu. so aku memang ade sapu beberapa jenis minyak dekat batang hidung dia. malam,siang aku akan sapu sikit, kekadang spray sterimar, kononnyaa nak bagi dia lega.

Nak jadikan cerita, aku bersalin di Kelantan, tp balik pantang kat kuantan. kat Balok, rumah umiabah. ni je masanya boleh rentas negeri. nak balik sesaja, memang tak dapat la, musim PKP ketat masatu. kirenya suami aku hantar n dia balik sana semula utk kerja.

Rutin biasa baby, khamis, jam 0130 petang, masa tukar pampers ayad. sambil tu aku pon sapu minyak telon dr 1 jenama ni. sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. tp kalini aku nak try, mana tahu ok. bidan yang bagi, kata dia minyak ni bagus n sesuai utk baby. yee aku pecaya.

Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak kat tepi n masa aku paling ke ayad, tak smpai sesaat pun, ALLAHH!!!!

aku tgk muka ayad merah. mulut dia berbuih. suara dia mcm tercekik.

Aku terus jeriittt panggil umi, abah smbil lari pergi sinki dekat dapor. aku basuh muka ayad.

Umiii. umiii. tolongg umii. nape ayad nii.
umi ambil ayad. ayad lembikk. suara tak keluar bunyi, muka ayad merah. mulut ada buih lagi.
abah ambil ayad, tepuk2 blkg dia. masih sama.
ko buat apee ni kakkkk. Allahhh. lembik anakk niii.

Abah jerit pgl kday(adik aku). kdayy! cepat start kereta, bawak kak pergi klinik. cepattt.

masok dlm kereta, aku tepuk2 blkg ayad. adikkk adikkk jgn mcm ni dikkk. ibu sorryyy..
aku masok jari kelinking dlm mulut ayad, nak clearkan mulut dia dr air liur berbuih tu.

Pusing blkg tepuk2 blkg badan, pusing kedepan semula, mulut ayad still berbuih lg + darah.
cepat kday, ade darah nii. kenapeee niii ayad.

tiba2 terdetik dlm hati aku, eh CPR!
aku terus buat mouth to mouth breathing.
sekali buat, aku dengar suara ayad merengek.

Kdayyyy, mu dengar tak suaraa ayad td. dengar!
aku angkat ayad, tepuk2 lagi. ok aku buat lg sekalii, aku hembus sekali di hidung n mulut ayad, (Cara CPR baby dan dewasa lain ye. boleh google)

HUWAAAAA. WAAAA. suara ayad menangis kuatt. muka dia yg merah td, slow2 dah jd pink semula.

ALLAHUUUU ANAK AKUUUU. aku pelok ayad kuat.
kdayy, ayad nngis dahhh, ayad nangiss ni.

Aku? dari awal, setitis air mata pun tak menitis. Yang aku tahu, aku nak anak aku hidup. aku yg buat salah, aku kena brtanggungjawab.

2 minit lepas tu, aku sampai di klinik balok.
aku lari masuk kecemasan dengan ayad yang tak sempat pakai pampers, keadaan aku pulak?

Hmm aib sangat kalau nak cerita. kata staf, selalunya kalau baby dtg mcm tu, jarang yg dpt dengar bunyi nangis. alhamdullilah anak ibu kuat.

ohh jarak rumah aku ke klinik balok dlm 7 min je. sampai kt klinik, ayad dah ok. muka dah jd pink semula. tp doc still pasangkan oxygen incase dia ada masalah lain, so ayad kena refer ke HTAA.

Masa ni baru aku call suami. ‘thank you yg sbb selamatkan anak kita’.. masa ni baru aku menangis.

Ayad admit HTAA utk 3 hari. bila org tanya ank sakit apa, segan aih nk jawab. Admit sbb hidung tersumbat.

tapi aku kena marah teruk dengan specialist. mak misi tp boleh sapu minyak angin dkt hidung anak. awak tahu tak,
BABY BAWAH DARI UMUR 3 BULAN, TIDAK BOLEH DISAPU SEBARANG MINYAK ANGIN/TELON.

Baby pd umur ni cuma bernafas dr hidung. bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dgn mulut dia. take note yee.

Lagi satu, tak semestinya minyak yg baby org lain guna, selamat untuk baby awak. jgn jadikan baby bahan ujikaji. elakkan sebarang minyak/balm kepada baby.

Maafkan ibu, ayad.

Selepas kejadian tu, lama aku trauma. aku pantang dengar ayad bernafas lain sikit, ayad tercungap sbb susu banyak pun aku akan berlari cari sesapa kt rumah tu. aku takot!

tapi jauh dlm hati aku, aku bersyukur benda ni jadi..
jadinya waktu petang,
bukan waktu malam masa aku tengah mamai,
bukan dlm bilik tidur yg lampunya malap dan
bukan waktu klinik tutup.
tapi cukup lah sekali.

Kata umi, kalau ingat balik lembiknya ayad masa dia pegang waktu tu. boleh meremang satu badan.. dia tak dpt nak luah, dia cuma geleng kepala. ALLAHHUU

Terima kasih ALLAH sbb bg aku ilmu CPR dan terdetikkan hati aku untuk buat CPR.
terima kasih sbb bg aku peluang lagi utk terus jaga amanat ini.

Lastly: APA YANG BAGUS UNTUK BABY LAIN TAK SEMESTINYA BAGUS UNTUK BABY KITA. TAKE NOTE YA.

Buat ayad fayaash si bongsuku. maafkan ibu.

ni la budak yang lupa bernafas dulu tu. maafkan ibu.

Kredit sumber asal: Faranem Rosmadi

Sebenarnya, bahaya penggunaan minyak angin pada bayi ini pernah dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

Ini kerana, produk sapuan begini biasanya mengandungi Camphor / kapur barus untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

bahaya minyak angin bayi

Baca juga: Ibu Ayah Boleh Mohon Subsidi Carseat Kanak-kanak Mulai Mac 2022

Bahaya Sapu Minyak Angin / Produk Mengandungi Camphor Pada Bayi

[ALERT]

Minyak Angin / Produk Mengandungi Camphor BUKAN Untuk Bayi & Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun

Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Walaubagaimanapun, produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.

Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.

Apakah Camphor?

Camphor di hasilkan dari sejenis kayu pohon Camphor .
Kini, ianya dihasilkan secara kimia menggunakan minyak turpentine.
Antara produk yang menggukan produk ini sebagai bahan asas adalah produk seperti Vicks VapoRub, Mopiko, minyak cap kapak dan lain lain.

Kegunaan

Produk Camphor boleh disapu pada kulit (aplikasi topikal) atau dihidu.
Sapuan produk yang mengandungi Camphor di gunakan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan gatal-gatal. Ia juga telah digunakan untuk merawat jangkitan kulat kuku, ketuat, luka sejuk, buasir, dan osteoartritis.

Adalah penting untuk tidak memakai camphor untuk kulit pecah, kerana ia boleh memasuki badan dengan cepat dan mencapai kepekatan yang cukup tinggi lalu menyebabkan keracunan.

Sesetengah orang menggunakan camphor untuk merawat penyakit saluran pernafasan dan mengurangkan gejala batuk dan selsema.


Bagaimanakah ia berfungsi?

Camphor berfungsi dengan merangsang saraf yang melegakan gejala seperti rasa sakit dan gatal apabila digunakan pada kulit.


Keselamatan Produk

Camphor adalah selamat di gunakan untuk kebanyakan orang dewasa apabila digunakan pada kulit dalam krim atau losyen dalam kepekatan yang rendah.

Camphor boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kecil seperti kemerahan dan kerengsaan kulit.

Pengguna di sarankan untuk tidak menggunakan produk camphor atau produk yang mengandungi lebih daripada 11% camphor.

Camphor juga SELAMAT untuk kebanyakan orang dewasa apabila dihirup sebagai wap dalam jumlah kecil sebagai sebahagian daripada aromaterapi.

JANGAN panaskan produk yang mengandungi bahan camphor (Vicks VapoRub, BenGay, Heet, banyak lagi) dalam microwave.

Produk ini boleh meletup dan menyebabkan luka terbakar yang teruk.

Produk-produk yang mengandungi camphor adalah tidak sesuai di gunakan apabila digunakan untuk kulit pecah atau cedera. Camphor mudah diserap melalui kulit pecah dan boleh mencapai tahap toksik dalam badan.


Langkah Berjaga-jaga & Amaran Khas:

Kehamilan dan menyusu:

Mengambil camphor melalui mulut (makan) adalah TIDAK SELAMAT semasa mengandung atau menyusu. Keselamatan penggunaan produk mengandungi camphor kepada kulit semasa mengandung atau menyusu tidak diketahui.

Kanak-kanak:

Camphor adalah KURANG SESUAI digunakan pada kanak-kanak apabila digunakan untuk kulit. Kanak-kanak cenderung menjadi lebih sensitif terhadap kesan sampingan.

Camphor pastinya TIDAK SELAMAT untuk di makan.

Sawan, kekejangan dan kematian boleh berlaku jika produk ini dimakan. Simpan barang-barang yang mengandungi camphor dari kanak-kanak.

Menurut kajian oleh penyelidik di Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva. Kanak-kanak sangat terdedah kepada kesan toksik camphor, yang mudah diserap melalui kulit dan membran mukus. Ia boleh menyebabkan risiko SAWAN terutama kepada kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun.

FDA telah menetapkan peraturan agar produk yang mengandungi bahan Camphor dilabel dengan betul.

Label larangan dan amaran kepada kanak kanak berusia kurang 2 tahun wajar di letakkan di luar produk agar ibu bapa tidak menggunakan produk tersebut kepada bayi dan kanak kanak kurang dari 2 tahun

Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!

Berikut disenaraikan produk yang mengandungi Camphor / Kapur Barus yang dilampirkan oleh Publichj Health Malaysia.

Senarai Produk Minyak Angin / Ubat Sapuan Mengandungi Camphor Yang Bahaya Untuk Bayi

minyak bayi
minyak bayi
minyak bayi
minyak bayi

Kredit sumber asal: Public Health Malaysia

Baca juga: Rupanya Boleh Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk, Kejap Je Siap!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: