Lelaki Ini Turun 20KG Hanya Dengan Makan Roti Gardenia Berwarna Ungu!
Siapa sahaja yang tidak mengimpikan bentuk badan idaman dan menjadi kurus. Daripada bersukan sehingga menjaga pemakanan, kami yakin anda semua pasti sudah melakukan kedua perkara ini kan?
Namun baru-baru ini tular di laman sosial Twitter berkenaan hal seorang pemuda yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa 3 bulan hanya dengan mengamalkan makan roti gardenia berwarna ungu!
Menjadi perhatian warganet dan tular kerana tips ini merupakan hal yang baru, pemuda yang disapa sebagai Azmil ini tidak lokek menceritakan kisah perjalanan diet nya menerusi bebenang di Twitter.
Siapa sahaja yang tidak mahu turun 20kg dalam masa 3 bulan? Hebat tu!
Baca juga: Resepi Yong Tau Foo Sayur. Sesuai Untuk Diet Rendah Karbo!
Azmil Azli mengatakan bahawa dia mengamalkan makan roti ungu setiap pagi selama 3 bulan, dan berjaya menurunkan berat badan dari 75kg kepada 55kg.
Kata Azmil lagi , jika makan roti pada pukul 9 pagi, dia boleh kenyang sampai pukul 5 ke 6 petang.
Namun, dia tidak hanya makan roti semata, dia makan 3 keping roti bersama peanut butter dan epal setiap pagi.
Gardenia 100% WholeGrain with Canadian Purple Wheat Merupakan 100% bijirin semula jadi dari Canadian Purple Wheat yang sangat kaya dengan antioksidan. Rasa unik, rendah lemak dan sangat tinggi serat dan vitamin.
Roti Gardenia ini enak dan sihat untuk seisi keluarga kerana tidak mengandungi bahan pengawet tiruan.
Komen pengguna, roti ini penuh dengan kebaikan. Ia sangat sihat kerana mempunyai lemak rendah, gula rendah dan kalori rendah ditambah dengan Glycemic Index.
Dicadangkan kepada sesiapa yang menghidap diabetes dan penyakit tekanan darah tinggi.
Selain makan roti, anda kena juga konsisten bersenam, makan banyak sayur dan buah serta minum air.
Wah, lepasni anda pun boleh cuba ikut cara Azmil. Semoga berjaya!
Sumber: Twitter Azmil Azali
Baca juga: Lelaki Ini Berjaya Cipta Alatan Berkhatan Paling Cepat. Seminit Je!