Lelaki Ini Berjaya Cipta Alatan Berkhatan Paling Cepat. Seminit Je!

Berkhatan sememangnya sinonim dengan bangsa Melayu. Tetapi siapa sangka lelaki berbangsa Cina, Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78 mampu mendapat idea untuk mencipta alat berkhatan dalam masa seminit. Cepat betul!

Beliau yang juga doktor pakar bedah plastik berjaya mencipta alatan berkhatan paling cepat, iaitu mengambil masa hanya seminit sahaja. Malahan, ianya selamat dan yang pasti kosnya rendah.

Ciptaan yang diberi nama Circumstar-1 itu berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas menerusi 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada pada 28 Ogos lalu.

Apa yang menariknya, ciptaan beliau telah terpilih 10 ciptaan terbaik daripada 700 penyertaan dari seluruh negara yang termasuk 97 dari negara ini.

Menurut doktor pakar terbabit, beliau mengambil masa sembilan tahun untuk menyiapkannya dan menambah baik peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini yang mengambil masa tiga minit dan tanpa jahitan.

Melalui ciptaan yang sama juga, beliau meraih pingat emas menerusi Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland pada Mac lalu.

Tidak berhenti disitu sahaja, ciptaan beliau berjaya merangkul 49 lagi anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan di peringkat nasional dan antarabangsa termasuk Hong Kong, China, Japan dan Thailand.

Dengan hadirnya ciptaan berkhatan paling pantas, selamat dan kos rendah ini, adakah anda ingin mencubanya pada anak anda bila ingin berkhatan nanti?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: