Peraturan Cermin Gelap JPJ 2022 : Syarat, Prosedur & Permohonan
Bagi anda yang nak tinted cermin kereta, berikut adalah maklumat terkini (2021) tentang cermin gelap yang dibenarkan oleh JPJ.
Untuk makluman, pemasangan cermin gelap dibenarkan kepada individu tertentu di bawah subkaedah 11(1)(a) dan 11(1)(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Penggunaan Kaca atau Bahan Lutsinar Lain)(Pindaan) 2019.
Pengguna yang ingin menggunakan cermin gelap untuk kenderaan mereka atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan penggunaan cermin gelap daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
Tempoh kelulusan ini hanya sah untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.
Kelulusan yang telah tamat tempoh perlu membuat permohonan baharu dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tempoh kelulusan tamat dan pemohon akan dikenakan jumlah fi yang sama.
Syarat-syarat & Panduan Permohonan Penggunaan Cermin Gelap JPJ 2021
Prosedur Permohonan
- Pemohon dikehendaki mengemukakan Permohonan kepada Urusetia Bahagian Penguatkuasa JPJ & Cawangan.
- Pemohon menggunakan Borang CG1 yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama;
- (a) salinan kad pengenalan;
- (b) salinan kad perakuan pendaftaran kenderaan (geran).
- Permohonan bagi setiap kenderaan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon.
- Permohonan atas alasan kesihatan dan keselamatan yang disertakan dengan dokumen sokongan sahaja akan dipertimbangkan;
BAGI PERMOHONAN BERASASKAN KESIHATAN
Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;
- Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
- Laporan Perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik;
- Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pesakit sahaja, jika tidak sila kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan);
- Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas permohonan kesihatan.
BAGI PERMOHONAN CERMIN GELAP JPJ BERASASKAN KESELAMATAN
A) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;
- Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
- Mengemukakan Surat Sokongan daripada Ketua Polis Negeri di negeri tempat pemohon menetap; (Keputusan Mesyuarat JKCG Bil.1/2021) –
Kemukakan Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar; - Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja, jika tidak sila kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan);
- Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
- Fi Perakuan Kelulusan dikenakan sebanyak RM 5,000.00 dan pembayaran dibuat setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap dari Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan)
B) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan;
- Mestilah surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
- Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
- Fi Perakuan tidak dikenakan ke atas permohonan kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan.
- Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang telah dinyatakan dan bayaran fi dijelaskan.
- Setiap kelulusan diberikan untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.
- Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan surat rasmi dan laporan perubatan yang terkini.
Baca juga: Elak Kena Saman! Ini Prosedur Tukar Warna Cat Kenderaan JPJ
Permohonan Pertukaran Kelulusan Cermin Tinted
Pertukaran kelulusan cermin gelap JPJ mestilah atas sebab berikut;
- Pemilik kenderaan motor membuat tukar ganti (interchange) nombor pendaftaran kenderaan motor; atau
- Pemilik kenderaan motor membuat penukaran kepada mana-mana kenderaan motor yang dimilikinya;
- Tempoh sah laku kelulusan terdahulu tidak kurang daripada 6 bulan dari tamat tempoh kelulusan.
- Permohonan yang telah mendapat kelulusan pertukaran, tempoh tamat sah kelulusan mengikut tempoh tamat kelulusan terdahulu.
- Jika tempoh sah laku kelulusan terdahulu kurang daripada 6 bulan, pemohon perlu membuat permohonan baru.
- Sertakan surat perakuan kelulusan kenderaan terdahulu.
- Bayaran fi dikecualikan dan permohonan ini hendaklah dihantar secara terus ke Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ.
Baca juga: Nak Pakai Braces? Ini Harga, Tips & Prosedur Pendakap Gigi Di Malaysia
Proses Permohonan Cermin Gelap
- Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) boleh di buat di JPJ Negeri & Cawangan.
- Jawatankuasa Khas akan meneliti dan menyemak setiap permohonan yang diterima sebelum diangkat kepada YB Menteri untuk kelulusan.
- Permohonan yang telah mendapat keluluskan akan diberikan satu surat makluman pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) dari Urusetia Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ. Setelah pembayaran dibuat satu perakuan kelulusan cermin gelap akan di serahkan kepada pemohon secara pos berdaftar atau kendiri.
- Permohonan yang tidak diluluskan satu Surat Penolakan akan di serah kepada pemohon secara pos berdaftar.
Maklumat Lanjut
Pengarah Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Aras 3, Jalan Tun Hussein Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
61200 PUTRAJAYA
No. Faks : 03-88811149
No. Tel : 03-88928194 / 8186
*Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Peraturan Cermin Gelap PUSPAKOM 2021
Bagi pemeriksaan PUSPAKOM, had ketelusan cahaya cermin gelap yang dibenarkan juga adalah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Untuk maklumat lanjut layari: https://www.puspakom.com.my/inspection-standards/