Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ)

PANDUAN TUKAR HAK MILIK KENDERAAN ONLINE MELALUI PORTAL MySIKAP JPJ

Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pelbagai perkhidmatan online melalui Portal JPJ Online iaitu MySikap.

Antara perkhidmatan online di Portal MySikap JPJ yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) / roadtax
  • Pindah milik sukarela
  • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
  • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
  • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.

Di sini kami ingin berkongsikan cara tukar hak milik kenderaan secara online untuk pemilik berdaftar dan pemilik baharu.

NOTA: Sebelum melakukan tukar milik kenderaan online, anda perlu berdaftar sebagai pengguna Portal MySikap (ID Advanced).

Sila rujuk cara pendaftaran selengkapnya di MySikap JPJ: Daftar Pengguna Kali Pertama (ID Standard / Advanced)

Cara Tukar Hak Milik Kenderaan Online (Portal MySikap)

i) Bagi Pemilik Berdaftar

Berikut adalah panduan Tukar Milik Kenderaan bagi Pemilik Berdaftar:

  1. Layari laman web www.jpj.gov.my
  2. Pilih perkhidmatan MySikap
  3. Log masuk (setelah mendaftar kali pertama)
  4. Pilih menu Kenderaan
  5. Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
  6. Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan
  7. Klik Teruskan
  8. Klik Sah & Teruskan
  9. Masukkan maklumat e-mel pendaftar dan pemilik baharu
  10. Klik Seterusnya
  11. Cetak Resit sebagai rujukan
  12. Selesai

ii) Bagi Pemilik Baharu

Berikut adalah Panduan Tukar Milik Kenderaan bagi Pemilik Baharu:

  1. Layari laman web www.jpj.gov.my
  2. Pilih perkhidmatan MySikap
  3. Log masuk (setelah mendaftar kali pertama)
  4. Pilih menu Kenderaan
  5. Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)
  6. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan
  7. Klik Seterusnya
  8. Pengisytiharaan Kenderaan – Pilih Semenanjung
  9. Klik Setuju
  10. Masukkan maklumat pembayaran (Kad Kredit / Debit)
  11. Klik Bayar
  12. Buat pengesahan pembayaran
  13. Selesai.
  14. Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran.
tukar milik kenderaan online
tukar milik kenderaan online

*Sumber infografik: Unit Media Komunikasi Korporat JPJ Negeri Kedah

Maklumat Lanjut

Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Hotline JPJ : 03 8000 8000

https://www.jpj.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: