Gaji 2024: Tarikh Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 – JANM

Gaji 2024: Tarikh Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 – JANM | Untuk makluman anda, pada 3 November yang lalu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan surat pekeliling yang menyatakan tarikh gaji penjawat awam untuk tahun 2024.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 – Belanjawan 2024

Pekeliling Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024

Gaji 2024: Tarikh Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 - JANM

Pihak JANM telah mengeluarkan satu pekeliling rasmi berhubung tarikh gaji penjawat awam untuk tahun 2024.

Pengumuman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 6/2023 disertakan garis panduan dan peraturan yang diikuti berdasarkan rujukan rasmi yang anda boleh rujuk di laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:

  1. Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  1. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
    pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
    emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Pembayaran Gaji 2024

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

Rujuk jadual tarikh pembayaran di bawah:

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)
Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)


Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimeterai di antara pegawai dan bank tersebut.

Manakala, untuk pekerja yang bergaji hari pula, bayaran akan diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya dan tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

BACA JUGA: Insentif Postpaid Penjawat Awam – Rebat RM10/bulan

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya.

U.P. : Unit Pengurusan Prestasi
Emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Atau, layari laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Muat turun Surat Pekeliling (Tarikh & Peraturan Pembayaran Emolumen 2024):

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: