Kriteria Suami Menemani Isteri Bersalin Di Hospital Kerajaan (Terkini)

Adalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan.

Polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa.

Berikut adalah kriteria terkini bagi suami / ahli keluarga untuk menemani ibu hamil semasa bersalin:

Kriteria Suami Menemani Isteri Bersalin Di Hospital Kerajaan (Terkini)

A) Suami / ahli keluarga telah melengkapkan Vaksinasi Covid-19 iaitu

  • 14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca
  • 28 hari selepas menerima vaksin jenis 1 dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson

B) Suami / ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian

ATAU

C) Suami / ahli keluarga memberi kit ujian kendiri Covid-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan

suami menemani isteri bersalin

Begitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.

Semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Baca juga: PAXLOVID: Ubat Antiviral Merawat Jangkitan COVID-19

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: