Lebih 1,000 Kucing Berkeliaran Di Koh Phi Phi, Ditinggalkan Tak Bertuan
Lebih 1,000 Kucing Berkeliaran Di Koh Phi Phi, Ditinggalkan Tak Bertuan
Impak selepas lebih setahun dunia dilanda wabak Covid-19, lebih 1,000 ekor kucing ditinggalkan terbiar dan berkeliaran di sebuah pulau di Thailand.
Koh Phi Phi, merupakan sebuah pulau daripada gugusan kepulauan daerah Krabi dipenuhi kucing selepas dipercayai ditinggalkan oleh tuan mereka sejak awal pandemik tahun lalu yang menghentikan sektor pelancongan dunia.
Baca juga: Rupanya Ini Petanda Kucing Selalu Datang Ketika Menjamu Selera
Menurut Thaiger, tuan-tuan kucing yang ditinggalkan itu adalah pekerja dan usahawan di pulau tersebut yang telah meninggalkan pulau itu kerana Covid-19.
Mereka dipercayai hanya meninggalkan kucing milik mereka untuk sementara waktu dan akan kembali selepas tamat pandemik tetapi hal yang lain pula terjadi selepas pandemik Covid-19 masih belum reda
Dalam satu lagi laporan dari Thai PBS, pihak berkuasa tempatan cuba mengawal kucing-kucing itu dari membiak dengan lebih banyak dengan melaksanakan pengkasian, namun usaha itu masih tidak menunjukkan hasil yang signifikan.
Para sukarelawan juga sedang berusaha untuk membantu ‘komuniti kucing’ di Koh Phi Phi dengan mewujudkan satu laman Facebook untuk menerima sumbangan berupa makanan dari orang ramai. Korang boleh tengok usaha mereka di Phi Phi Island’s Cats.
Semoga kucing-kucing yang ditinggalkan itu selamat dan cukup makan. Kasihan betul bila ditinggalkan tuan dan tidak dijemput semula semenjak tahun lepas.
Sumber: Thai PBS
Baca juga: 6 Cara Wangikan Bilik Tidur Di Rumah, Confirm Hilang Bau Hapak & Kepam