PAXLOVID: Ubat Antiviral Merawat Jangkitan COVID-19
PAXLOVID, antiviral untuk merawat jangkitan Covid-19
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa PAXLOVID_ akan digunakan untuk rawatan COVID-19 pada orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan ketika bencana bagi rawatan COVID-19 untuk ubat jenama PAXLOVID_ keluaran Pfizer.
Baca juga: SOP Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022
Kegunaan PAXLOVID
PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan untuk rawatan COVID-19 pada orang dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).
Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kpd vaksinasi COVID-19 dan pengganti kepada tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP untuk elakkan dijangkiti Covid-19.
Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yang merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dari membiak.
Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dalam tempoh lebih lama.
Paxlovid TIDAK diberikan berterusan untuk lebih 5 hari.
Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 & dalam tempoh masa 5 hari gejala bermula untuk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) untuk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat)
KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah