Jaga-Jaga, Kerap Tidur Lewat Boleh Mendatangkan Penyakit Bahaya!
JAGA-JAGA, KERAP TIDUR LEWAT BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT BAHAYA!
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita kurang tidur, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Orang dewasa sememangnya digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 hingga ke 8 jam sehari. Bagaimana tubuh badan kita berfungsi setiap hari?
Ikuti penjelasan di bawah ini
Malam (9pm – 11pm):
Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes).
Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar muzik.
Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am):
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am – 3am):
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am):
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat.
Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Baca juga: Kenapa Ada Orang Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Kedua?
Baca juga: 7 Perkara Tentang Penyakit Autoimun (SLE / Lupus, Tiroid, Psoriaris)
Awal pagi (5am – 7am):
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am):
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi.
Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka.
Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Kesan Tidur Lewat Terhadap Tubuh Badan
1) Kanser
Tidur lewat boleh menyebabkan kanser hati. Malah, mereka yang bekerja sehingga lewat malam juga berisiko tinggi mendapat kanser payudara dan kanser kolon kerana lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam.
2) Diabetis & Sakit Jantung
Menurut Profesor Philippe Foguel dari Imperial College London, tidur lewat boleh menyebabkan masalah diabetis dan penyakit jantung. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolestrol yang menjadi punca kepada penyakit jantung. Selain itu, tidur lewat mampu menyebabkan masalah strok.
3) Gangguan Kesuburan
Wanita yang memiliki pola tidur yang tidak teratur mampu mengalami masalah kesuburan. Selain itu, tidur lewat juga boleh mengakibatkan seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak teratur, gelisah dan sering beremosi.
4) Masalah kulit wajah
Wanita sangat menitikberatkan soal kecantikan namun jika sering tidur lewat, seseorang itu cenderung memiliki lingkaran gelap pada bahagian mata, wajah yang pucat, kusam, kedut, jerawat dan garis-garis halus di wajah.
4)Mengurangkan ghairah seksual
Tidur lewat membuatkan badan terasa letih sekaligus mengurangkan tenaga dalam tubuh badan. Ia mampu menyebabkan nafsu dan ghairah seksual seseorang itu berkurangan
5) Obesiti
Kebanyakan kita menganggap kurang tidur dapat menguruskan badan. Namun kajian menunjukkan mereka yang tidur lewat mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Ini kerana kurang tidur akan menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang dan mempengaruhi selera makan seseorang.
6) Depresi & Stress
Kurang tidur akan mengganggu pengeluaran hormon serotonin yang menyebabkan kemurungan atau depresi. Selain itu, tidur lewat malam juga membuatkan badan letih dan meningkatkan hormon stress.
Sumber rujukan: HelloDoktor