Cara Turunkan Darah Tinggi: Petua & Tips Wajib Cuba!
Cara Turunkan Darah Tinggi | Petua & Tips Turunkan Bacaan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah merupakan penyakit yang boleh menjadi pembunuh dalam senyap sekiranya diabaikan dan tidak mendapat rawatan.
Ia seringkali menjadi punca terjadinya strok atau serangan penyakit jantung serta beberapa penyakit lain yang mengancam nyawa.
90% pengidap hipertensi/tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Oleh itu, pemeriksaan secara berkala tekanan darah adalah amat penting bagi mengetahui bacaan tekanan darah anda berada di tahap yang terkawal atau sebaliknya.
Bacaan Tekanan Darah Normal, Rendah & Tinggi
Menurut portal MyHEALTH, berikut ialah bacaan tekanan darah mengikut kategori yang perlu diketahui.
BACA JUGA: Cara Turunkan Gula: Petua & Tips Yang Mudah Diamalkan
Petua & Tips Turunkan Bacaan Darah Tinggi
Bagi membantu mengawal tekanan darah anda, berikut dikongsikan cara turunkan darah tinggi, petua dan tips berguna untuk rujukan anda.
1. Rajin Bersenam & Kekal Aktif Setiap Hari
Pastikan anda kekal aktif dan lakukan senaman setiap hari selama 30 minit sekiranya mampu. Anda boleh bermula dengan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, mengemas rumah, berjoging dalam kawasan rumah dan sebagainya.
Menurut kajian, individu yang kekal aktif dapat membantu menurunkan tekanan darah lebih kurang 5-8 mmHg. Oleh itu, rancang aktiviti fizikal anda setiap hari.
2. Kekalkan Berat Badan Ideal
Apabila anda kekal aktif dan rajin bersenam, secara tidak langsung ia akan membantu untuk mengekalkan berat badan anda dalam kategori ideal. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko untuk mempunyai tekanan darah yang tinggi.
Hal ini kerana terjadi peningkatan sistem hormon (renin, angiotensin II dan aldosteron) yang terlibat dalam pengaturan tekanan darah. Selain itu, kegemukan juga meningkatkan aliran darah jaringan sehingga tekanan darah juga turut meningkat.
Kegemukan juga meningkatkan kekakuan pembuluh darah sehingga meningkatkan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah termasuk hipertensi.
3. Amalkan Pemakanan Sihat
Sedarkah anda kebanyakkan penyakit berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat. Ini termasuklah penyakit hipertensi. Oleh hal yang demikian, bagi membantu menurunkan tekanan darah tinggi anda, amalkan pola pemakanan yang sihat.
Diet pemakanan yang disarankan untuk membantu menurunkan darah tinggi ialah DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension).
Diet DASH memberikan tumpuan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan juga sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan kekacang.
Diet ini juga menghadkan pengambilan daging merah, garam (tidak lebih daripada 2.300 mg sehari), gula dan juga lemak tambahan.
4. Hadkan Pengambilan Sodium (Garam)
Seperti yang diketahui ramai, pengambilan sodium seperti garam yang berlebihan adalah salah satu pemicu tekanan darah menjadi tinggi. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam.
Kadar sodium untuk orang dewasa yang dianjurkan adalah sebanyak 1500-2000 mg sehari atau bersamaan dengan 6 gram garam / 1 sendok teh garam per hari.
5. Banyakkan Pengambilan Makanan Mengandungi Kalium
Pengambilan kalium dapat membantu meredakan ketegangan di dinding pembuluh darah sekaligus membantu menurunkan tekanan darah.
Selain itu, makanan yang mengandung kalium dapat membantu mengurangkan kadar garam berlebihan dalam tubuh dengan cara mengeluarkannya melalui urin (air kencing).
Contoh makanan yang mengandungi kalium ialah pisang, avakado, makanan laut, susu, kentang, tomato, kacang merah dan sebagainya.
6. Mengawal Tekanan/Stress
Berusahalah untuk sentiasa mengawal tekanan atau stress yang anda alami. Dapatkan bantuan daripada pakar sekiranya perlu. Jangan biarkan stress anda berpanjangan. Hal ini kerana, tekanan atau stress yang tidak terkawal dan berpanjangan dapat memicu tekanan darah tinggi.
Cari cara untuk menangani stress yang anda alami. Lakukan aktiviti yang dapat mengalihkan perhatian anda agar jadi lebih tenang seperti bersenam, beryoga, bercuti dan sebagainya.
BACA JUGA: Cara Turunkan Kolesterol: Ikuti 5 Tips Berguna Ini!
Kesimpulan
Tekanan darah tinggi sememangnya bukan penyakit yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Ubah gaya hidup anda dan sentiasa buat pemeriksaan untuk mengetahui tahao kesihatan diri anda.
Jangan lupa juga ambil ubat mengikut arahan doktor setiap hari sekiranya sudah mendapat rawatan.