Dah Lengkap 2 Dos Vaksin Tetapi Belum Ada Sijil Di MySejahtera? Ikuti Langkah Ini
Semakin hari semakin ramai orang sudahpun melengkapkan 2 dos vaksin. Dan kepada sesiapa yang sudah melengkapkan 2 dos, anda bakal menerima kemaskini yang memaparkan sijil digital di dalam aplikasi MySejahtera.
Sijil digital terbabit boleh digunakan sebagai tiket untuk anda ‘dine-in’ bersama rakan dan keluarga di bawah kelonggaran yang diberikan kerajaan.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang sijil digital terbabit masih belum dikemaskini dan hanya menggunakan kad vaksin sebagai bukti yang mana hanya boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja.
Oleh itu, sekiranya profil MySejahtera anda masih belum dikemaskini, ikuti langkah seperti berikut.
LANGKAH 1
Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke Helpdesk.
LANGKAH 2
Kemudian, tekan pilihan ‘M‘.
LANGKAH 3
kemas kini maklumat semasa dan pilih dos yang perlu dikemaskini.
LANGKAH 4
Masukkan maklumat vaksinasi anda. Pastikan jenis vaksin, tarikh vaksinasi dan tempat vaksinasi adalah betul.
LANGKAH 5
Muat naik gambar kad vaksinasi di bahagian ini. Jika anda sudahpun buang atau tiada kad tersebut, tekan sahaja butang “hantar”.
Pastikan setelah anda lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin, semak aplikasi MySejahtera pada bahagian profil.
Ini kerana Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 sepatutnya akan terpapar serta merta. Sekiranya tiada, anda perlu terus ke kaunter PPV secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.