Semakan Tarikh Temujanji Vaksin COVID19 Ibu Bapa / Diri / Tanggungan
CARA SEMAKAN TARIKH TEMUJANJI VAKSIN COVID19 IBU BAPA / DIRI SENDIRI / TANGGUNGAN
Sudah daftar vaksin untuk ibu dan ayah anda? Tidak tahu status pendaftaran? Anda boleh semak status pendaftaran atau tarikh temujanji vaksin anda di Portal Rasmi JKJAV (Vaksin Covid).
Untuk makluman, 19 April ini akan bermula Fasa Kedua PROGRAM IMUNISASI COVID19 KEBANGSAAN.
Jadi, sekiranya anda telah mendaftarkan kedua ibu bapa, atau jika anda tergolong dalam golongan berisiko, dah bolehlah buat semakan.
Berikut disertakan langkah-langkah mudah untuk membuat semakan tarikh / status pemberian vaksin yang telah didaftarkan.
Cara Semakan Status Pendaftaran / Tarikh Temujanji Vaksin COVID19
LANGKAH 1 – PERGI PAUTAN / APLIKASI
Mula-mula, sila layari laman web rasmi Vaksin Covid:
https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/
LANGKAH 2 – ISIKAN NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON
Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
Pengguna MySejahtera juga boleh menyemak melalui aplikasi tersebut.
LANGKAH 3 – PENGESAHAN KEHADIRAN
Jika anda telah menerima notifikasi temujanji di MySejahtera, pastikan anda mengesahkan kehadiran anda dalam masa 48 jam.
Butiran tentang pemberian vaksin seperti tarikh temujanji, lokasi / pusat pemberian vaksin dan masa temujanji akan dipaparkan.
Sila ambil perhatian maklumat temu janji hanya akan dikemaskini 14 hari sebelum tarikh vaksinasi anda.
Anda juga akan menerima notifikasi melalui MySejahtera atau SMS apabila tarikh temu janji vaksinasi anda telah ditetapkan.
Semakan tarikh temujanji vaksin COVID19 juga boleh dibuat melalui kod QR di bawah ini.
Jangan lupa copy paste mesej ini dan masukkan dalam group keluarga/ sedara/ komuniti tau.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di talian 1800-888-828 untuk maklumat lanjut.