Daun Bawang: Membantu Mengawal Gula Dalam Darah – Ini Lagi 6 Khasiat Lainnya!

Daun Bawang Membantu Mengawal Gula Dalam Darah – Ini Lagi 6 Khasiat Lainnya!

Penggunaan daun bawang dalam masakan ataupun hidangan ringkas bukan lagi sesuatu yang asing. Ia sering digunakan dalam pembuatan martabak, bergedil, sup, dan sebagainya. Selain menjadi pelengkap hidangan, daun ini juga didapati memiliki khasiatnya yang tersendiri. 

Jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui khasiat daun ini. 

BACA JUGA: Daun Senna – Khasiat, Hadis Kebaikan & Kesan Sampingan Teh Sanna

Khasiat Daun Bawang

daun bawang

1. Mengawal Gula Dalam Darah

Daun bawang didapati boleh membantu mengawal gula dalam darah dengan kandungan antioksidannya. Oleh itu, pengambilan daun ini dalam masakan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dalam mengawal gula dalam darah terutamanya untuk pesakit diabetes. 

2. Baik untuk Kesihatan Tulang

Selain itu, kandungan antioksidan yang terdapat dalam daun ini juga sangat bermanfaat untuk kesihatan tulang. Ia dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang agar tulang tidak mudah rapuh. 

Komponen flavonoid yang terdapat dalam daun ini juga memiliki manfaat untuk menjaga kesihatan tulang secara menyeluruh.

3. Menjaga Kesihatan Mata

Selain lobak, daun bawang juga salah satu makanan yang mengandungi vitamin A yang tinggi. Dengan kandungan vitamin A nya, ia dapat membantu melambatkan progres perkembangan penyakit miopi atau rabun jauh yang selalunya terjadi pada remaja. 

Di samping itu, daun ini juga mengandungi Vitamin C. Kandungan vitamin C nya didapati boleh membantu mencegah kerosakan oksidatif yang dapat menyebabkan katarak mata.

Bukan itu sahaja, daun ini juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, iaitu karotenoid yang dapat membantu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula yang sering dialami oleh orang tua.

4. Mencegah Keradangan

Kandungan quercetin yang terdapat pada daun ini dapat membantu mengurangkan atau mencegah inflamasi atau keradangan pada tubuh. 

5. Daun Bawang Baik untuk Jantung

Daun ini juga dikatakan memiliki kandungan mineral seperti kalium, magnesium, dan kalsium yang memberikan manfaat dalam menjaga kesihatan jantung. Pengambilan daun ini juga boleh membantu menjaga tekanan darah yang dapat mempengaruhi kesihatan jantung anda.

6. Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, anda boleh amalkan makan makanan berserat seperti daun bawang. Mudahkan?

BACA JUGA: Daun Kunyit – 8 Manfaatnya Untuk Kesihatan Yang Jarang Diketahui

Kesimpulan 

daun bawang

Terdapat pelbagai lagi manfaat dan kegunaan daun bawang dalam kesihatan khususnya. Bermula hari ini, bolehlah anda amalkan pengambilan daun ini setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: