Daun Kunyit: 8 Manfaatnya Untuk Kesihatan Yang Jarang Diketahui

Daun kunyit adalah merupakan salah satu bahan pelengkap yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Ia biasanya digunakan bagi membantu menaikkan lagi aroma masakan agar lebih menyelerakan. Daun kunyit berbentuk agak lebar dan juga panjang. 

Nak tahu apa kegunaan dan khasiat daun ini dalam kehidupan seharian kita, jom teruskan membaca. 

BACA JUGA: Khasiat Biji Kembang Semangkuk, Boleh Legakan Batuk & Demam

Kegunaan & Khasiat Daun Kunyit

DAUN KUNYIT

1. Melegakan Keradangan 

Untuk pengetahuan anda, daun kunyit sememangnya terkenal dengan sifat anti radangnya. Penggunaannya (dalam bentuk minyak pati) dapat membantu mengurangkan keradangan sekaligus kesakitan yang dialami disebabkan oleh radang seperti Osteoarthritis, Rheumatoid Arthritis dan sebagainya. 

2. Melancarkan Penghadaman

Terdapat komponen khusus dalam daun ini yang dapat membantu meningkatkan rembesan jus hempedu yang amat penting dalam sistem penghadaman tubuh. Oleh itu, pengambilan daun ini sangat baik untuk melancarkan penghadaman. 

3. Menyihatkan Kulit

Daun ini juga dikatakan mempunyai manfaat untuk kesihatan kulit. Kalau anda perasan, terdapat banyak produk kecantikan kulit yang menggunakan ekstrak daun ini sebagai salah satu bahan dalam penghasilannya. 

Antara manfaat daun ini untuk kulit ialah membantu mengurangkan jerawat, melembutkan kulit wajah, memudarkan bintik hitam dan sebagainya. 

4. Melawan Serangan Kulat Dan Bakteria

Daun kunyit juga mempunyai komponen yang mampu membantu merencatkan pertumbuhan kulat A. flavus dan toksin yang dihasilkan kulat seperti aflatoksin. 

5. Membantu Menyembuhkan Luka

Di samping itu, pes daun kunyit juga berupaya membantu dalam mempercepatkan kesembuhan luka di kulit. Anda boleh ambil beberapa helai daun kunyit, letakkan air sedikit dan hancurkannya sehingga menjadi pes.

Sapukan pes tersebut pada bahagian luka yang disebabkan oleh melecur dan sebagainya. Elakkan meletakkan pes tersebut di kawasan luka yang masih berdarah, bernanah atau terbuka. Pastikan juga anda mendapatkan rawatan yang sepatutnya terlebih dahulu. 

6. Tinggi Kandungan Antioksidan & Melambatkan Penuaan 

Daun kunyit juga kaya dengan kandungan antioksidan seperti b-sesquiphellandrene (22.8%) dan terpinolene (9.5%).

Kandungan antioksidan ini berupaya untuk melawan radikal bebas sekaligus melindungi kulit serta berpotensi untuk melambatkan penuaan dengan menghalang kerosakan sel-sel di wajah. 

7. Menghalau Serangga/Lalat

Minyak pati berasaskan ekstrak daun ini juga didapati boleh membunuh larva lalat sekaligus mengurangkan pembiakan lalat. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai racun semulajadi bagi menghalau nyamuk atau serangga perosak sekiranya anda tidak gemar menggunakan racun yang mengandungi bahan kimia/sintetik.

8. Daun Kunyit Boleh Menggantikan Kunyit 

Satu lagi, sekiranya di rumah anda sudah kehabisan kunyit tetapi anda masih menyimpan daunnya, tahukah anda, ia boleh digunakan untuk menggantikan kunyit?

Daun ini juga boleh mengeluarkan warna kuning yang sama seperti warna kunyit biasa tau!

BACA JUGA: ‘Laku Keras’ Musim Demam, Ini Khasiat Air Kelapa Untuk Kesihatan

Kesimpulan 

Sememangnya, daun kunyit terbukti mempunyai pelbagai kegunaan serta manfaat untuk tubuh manusia. Walaubagaimanapun, elakkan penggunaan secara berlebihan dan pastikan anda dapatkan nasihat pakar perubatan sekiranya perlu. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: