in ,

Banyak Khasiat? Ini Bahaya Penyalahgunaan Daun Ketum

bahaya daun ketum
ADVERTISEMENT

Ramai antara kita tentu pernah dengar tentang daun ketum yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Namun, ia juga cenderung disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

Ini kerana, air daun ketum sering disalahguna oleh sesetengah individu atau penagih dadah kerana mengandungi bahan-bahan Psikoaktif Mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria hingga boleh menyebabkan ketagihan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bahaya penyalahgunaan daun ketum yang boleh berlaku kepada mereka yang mengambilnya secara berlebihan.

Apakah Daun Ketum?

Daun ketum merupakan sejenis tumbuhan asli di negara ini dan juga Thailand.

Tumbuhan dari keluarga Rubiacea ini hidup subur di kawasan bertanah lembap yang mempunyai kandungan humus yang tinggi.

ADVERTISEMENT

Mengenali pokok ketum:

Pokok ketum (Mitragyna Speciosa Korth) juga dikenali sebagai pokok biak merupakan sejenis tumbuhan asli di negara ini dan juga Thailand. Kebanyakan tumbuh meliar di kawasan-kawasan hutan dan sekitar kampung terutamanya di negeri-negeri sebelah utara semenanjung dan juga pantai timur Malaysia.

Bahan aktif dalam daun ketum:

Penyalahgunaan daun ketum boleh dikaikan dengan kehadiran bahan aktif atau alkaloid yang terdapat banyak di dalam daunnya. Terdapat sekurang-kurangnya 24 alkaloid yang dikenalpasti dalam daun ketum namun alkaloid utama yang banyak didapati dan memberi kesan kepada pengguna adalah MYTRAGYNINE DAN 7-HYDROXYMITRAGYNINE.

Rangsangan seperti perasaan gembira, kuat dan bersemangat untuk bekerja menjadikan ia popular dalam kalangan nelayan dan pekerja buruh. Minuman air rebusan ketum dianggap sebagai tonik untuk meningkatkan keupayaan bekerja sepanjang hari.

NAMUN DEMIKIAN, kesan ini juga dikatakan hampir sama seperti kesan PENAGIHAN MORFIN DAN HEROIN. Akibatnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daun ketum menjadi alternatif bagi penagih morfin dan heroin untuk MENGURANGKAN RASA GIAN apabila tidak mampu mendapatkan bekalan.

Walaubagaimanapun, kesan pengambilan daun ketum hanya bertahan selama 2-3 JAM sahaja menyebabkan penagih terpaksa mengambil daun ketum secara lebih kerap dan dalam jumlah yang lebih banyak untuk mendapatkan kesan yang sama setiap kali diambil. Keadaan ini dinamakan sebagai kesan TOLERAN dan akhirnya menyebabkan pengguna mula MENAGIH DAUN KETUM pula.

Di Malaysia, daun ketum mudah didapati kerana tumbuh meliar di kawasan perkampungan. Air rebusannya dijual dengan harga yang murah, sehingga ia menjadi punca penyalahgunaannya yang semakin berleluasa.

Gejala Ketagihan

Berikut antara gejala ketagihan ketum yang boleh dialami oleh seseorang:

  1. Sengal-sengal sendi
  2. Mudah marah
  3. Mata & hidung berair
  4. Berasa lemah untuk bekerja

Baca juga:

Kesan Pengambilan Berlebihan

Menurut Pusat Racun Negara, berikut adalah antara kesan buruk pengambilan daun ketum yang berlebihan :

  1. Susut berat badan
  2. Sukar tidur (insomnia)
  3. Sukar membuang air besar
  4. Bibir menjadi kering
  5. Kesan lebam & terbakar pada muka terutamanya pada bahagian pipi
  6. Tiada selera makan

Jika ada kaum keluarga atau rakan-rakan kita yang menunjukkan tanda-tanda seperti ini, selidik sama ada mereka ada menyalahgunakan ketum. Jika ya, dapatkanlah bantuan untuk memulihkan mereka.

Contoh Kes Bahaya Penyalahgunaan Ketum

Penyalahgunaan Ketum yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan kematian otot.

Dulu pernah viral kes di mana seorang individu yang ketagihan minum ketum, masuk ICU disebabkan kegagalan buah pinggang.

Jika anda melihat ada kawan-kawan yang gemar meminum ketum lebam-lebam dikulit terutamanya sekitar kaki, ini mungkin kesan daripada minum ketum.

Dalam sebuah hantaran di Facebook, Public Health Malaysia turut mengingatkan orang ramai bahawa terdapat beberapa kes yang telah dilaporkan oleh pengamal perubatan akibat penyalahgunaan daun ketum:

Berikut disiarkan dua kes siri yang telah dilaporkan oleh pengamal perubatan.

Kes 1

Seorang wanita berumur 45 tahun yang terlebih dos dengan kratom telah mengalami kelesuan, kekeliruan, kehilangan pendengaran sementara, dan bengkak dan lebam kaki kanan bawah.

Pesakit didiagnosis dengan rhabdomyolysis (sel otot mati), compartment syndrome, disfungsi multiorgan termasuk kecederaan buah pinggang akut, kerosakan hati, dan jantung bengkak.

Dia menjalani pembedahan fasciotomy kecemasan dan memerlukan hemodialisis. Fungsi buah pinggang dan hati beliau kemudiannya bertambah baik selepas dimasukkan ke ICU.

Kes 2

38 tahun lelaki tanpa sejarah perubatan telah dimasukkan ke ICU disebabkan masalah jangkitan dalam darah (sepsis), ginjal rosak, dan radang hempedu.

Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital, dia mengalami demam, sakit perut, keletihan dan kencing yang gelap. Dalam siasatan, pesakit dikatakan menelan 12 kapsul ketum dua kali sehari dalam masa beberapa bulan yang dikatakan sebagai suplement kesihatan.

Pesakit di dapati demam, nadi laju, kekuningan mata, perut yang sakit bila ditekan. Kencingnya mempunyai protien yang tinggi menunjukkan ginjal tidak mampu menapis dengan baik atau rosak.

Beliau juga mengalami anemia dan masalah hati. Ultrasound hati menunjukkan hempedu telah menebal disebabkan radang. Pesakit dimasukkan ICU dan sembuh selepas rawatan. Pesakit disarankan agar tidak lagi mengambil suplemen ketum.

Rhabdomyolysis adalah keadaan penyakit serius yang boleh membawa maut atau mengakibatkan hilang upaya kekal. Rhabdo berlaku apabila tisu otot yang rosak melepaskan protein dan elektrolitnya ke dalam darah. Bahan-bahan ini boleh merosakkan jantung dan buah pinggang dan menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian.

Penyalahgunaan Daun Ketum Di Sisi Undang-undang

Mitragynine (merujuk kepada daun ketum) telah dimasukkan ke dalam Jadual 3 Peraturan Racun 1989 yang dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah seksyen 30(5) Akta racun 1952.

Ini bermakna, individu yang memiliki, atau memproses atau menjual daun ketum atau menyediakan daun ketum dalam bentuk jus minuman atau teh mengandungi ekstrak daun ketum jika disabitkan kesalahan boleh didenda melebihi RM10,000 atau tidak melebihi empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Di Thailand, undang-undang bagi mengawal penyalahgunaan daun ketum lebih awal digubal iaitu pada tahun 1943 dengan nama Akta Kratom 2486. Akta ini mengharamkan sebarang aktiviti penanaman pokok ketum dan mana-mana pokok ketum yang masih ada hendaklah ditebang atau dimusnahkan.

Namun akta ini didapati kurang berkesan kerana pokok ketum sememang tumbuhan asli negara itu dan terdapat banyak di Thailand. Oleh yang demikian, undang-undang di Thailand pada masa kini telah mengkelaskan daun ketum di bawah kelas yang sama dengan KOKAIN DAN HEROIN.

Penagih daun ketum boleh dikenakan hukuman yang sama seperti pengguna kokain dan heroin.

Sumber rujukan:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit

pendaftaran tabika kemas

Pendaftaran TABIKA KEMAS 2023 Kini Dibuka