Nak Tingkatkan Imuniti Badan? Ini 7 Jenis Vitamin C Terbaik Di Malaysia

CONTOH CADANGAN 7 VITAMIN C TERBAIK DI MALAYSIA (2021)

Apakah vitamin c?

Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik adalah penting untuk pertumbuhan, pembangunan dan pembaikan semua tisu badan.

Vitamin c terlibat dalam banyak fungsi badan, termasuk pembentukan kolagen, penyerapan besi, fungsi sistem imun yang betul, penyembuhan luka, dan penyelenggaraan tulang rawan, tulang, dan gigi.

Ramai diantara kita yang mula menyedari kebaikan mengambil vitamin untuk tubuh badan lebih-lebih lagi ini merupakan salah satu cara kita menghindarkan diri daripada virus Covid-19.

Namun ada beberapa kebaikan pengambilan vitamin c yang anda perlu tahu.

Kebaikan Pengambilan Vitamin C

MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Pengambilan vitamin C boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan membantu melonggarkan saluran darah yang membawa darah dari jantung.

Namun ini bukanlah penyelesaian kepada masalah tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK
Vitamin C adalah antioksidan kuat yang dapat menguatkan pertahanan semula jadi badan anda.

Antioksidan adalah molekul yang meningkatkan sistem imun dengan melindungi sel dari molekul berbahaya yang disebut radikal bebas.

Apabila radikal bebas berkumpul, ini dapat menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif, yang telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung.

MENINGKATKAN IMUNITI BADAN
Vitamin C dapat meningkatkan imuniti dengan membantu sel darah putih berfungsi dengan lebih berkesan, menguatkan sistem pertahanan kulit anda, dan membantu luka sembuh lebih cepat.

Sekiranya anda menghidap selesema, vitamin C dikatakan berkesan dalam mengurangkan gejala tersebut dan mempercepat pemulihan anda.

KULIT YANG CANTIK DAN MENYERLAH
Vitamin C sangat penting untuk kulit muka yang cantik dan agar kelihatan lebih remaja.

Vitamin C mempromosikan pengeluaran kolagen, yang berpotensi untuk menebalkan dermis, mengurangkan garis halus, dan penting untuk kulit yang tegang dan tampak lebih muda.

Di samping itu, vitamin C adalah antioksidan, bermakna ia melindungi sel-sel kulit daripada dirosakkan oleh radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV.

Ia juga menghalang pengeluaran melanin di kulit, yang membantu meringankan hiperpigmentasi dan bintik-bintik perang, menjadikan tona kulit lebih sekata dan lebih cerah. Pantang Larang Dalam Pengambilan Saplimen Vitamin C

  • Elakkan atau berhenti merokok
  • Elakkan atau berhenti mengambil minuman beralkohol
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein tinggi
  • Cuba elakkan minum air kelapa

Baca juga: MySalam Covid 19: Bayaran RM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif

Berikut adalah berapa suplemen berasaskan Vitamin C terbaik pilihan ramai yang mudah untuk didapati.

Senarai 7 Vitamin C Terbaik Di Malaysia

1. BLACKMORES BIO C

Vitamin c terbaik

Blackmores Bio C 1000mg mengandungi dos vitamin C yang tinggi, ditambah dengan askorbat mineral untuk menjadikannya lembut pada perut.

Vitamin C ini disertai dengan sitrus bioflavonoid, yang menyokong tindakan vitamin C dalam tubuh.

Ia adalah antioksidan yang penting untuk meningkatkan imuniti badan kita dan menyokong penyembuhan luka, keanjalan kulit, dan kesihatan saluran darah.

Sesuai untuk pesakit gastrik dan gout

2. BEROCCA

Vitamin c terbaik

Berocca Performance Effervescent Tablet mempunyai sejumlah 12 vitamin dan mineral penting yang merangkumi vitamin C, vitamin B, kalsium, magnesium dan zink.

Dengan kombinasi unik ini, ia dapat meningkatkan tahap tenaga dan meningkatkan ketajaman mental anda sepanjang hari.

Tablet effervescent ini tersedia dengan 3 rasa menyegarkan yang berbeza iaitu oren, oren mangga dan beri asli.

Sesuai untuk pesakit gastrik.

3. REDOXON

Vitamin c terbaik

Anda sukar menelan pil atau tablet?

Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent adalah antara vitamin C yang terbaik di Malaysia yang mudah larut dalam air.

Ia mengandungi 1000mg vitamin C bersama zink yang berkesan untuk menguatkan lagi imun badan anda.

Dengan pilihan rasa oren dan blackcurrant yang lazat, anda pasti suka Redoxon Vitamin C ini.

4. CEBION

Vitamin c terbaik

Dengan rasa oren ringan dan menyegarkan, anda pasti akan menikmati minuman Cebion Vitamin C.

Sangat mudah! Hanya larutkan dalam air untuk beberapa minit sahaja dan sedia untuk diminum.

Ia diperkaya dengan sumber kalsium untuk menyokong kesihatan tulang.

Dengan peningkatan pengambilan vitamin C, kulit anda juga akan bertambah baik disebabkan peningkatan pengeluaran kolagen.

Sesuai untuk pesakit gastrik

5. KORDEL’S

Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg dengan Zinc dihasilkan dalam dua rasa menyegarkan iaitu buah Orange dan Passion.

Sebagai alternatif yang minuman bagi individu yang gemar meminum minuman ringan kerana vitamin C dan Zink membantu untuk menyokong sistem imun yang kuat.

Tiada pewarna tambahan digunakan hanya akar bit dan serbuk lobak digunakan untuk memberikan warna semula jadi.

Sesuai untuk pesakit gastrik

6. 21ST CENTURY

Inginkan vitamin yang mudah dikunyah?
Cubalah vitamin C terbaik dari 21st Century ini.

Didatangkan dalam bentuk tablet yang mudah dikunyah dan sangat sesuai untuk mereka yang sukar menelan pil atau tablet.

Tidak mengandungi sebarang pengawet, perisa dan pewarna tiruan.

7. VITAHEALTH

VitaHealth Time Release Vitamin C dengan Zinc ini membekalkan 1000mg vitamin C dalam satu tablet.

Ia diperkaya dengan campuran antioksidan seperti ekstrak sitrus aurantium, rutin, ekstrak sitrus sinensis dan zink untuk sokongan antioksidan yang hebat.

Ini adalah formula pelepasan nutrien berperingkat dalam jangka masa 8 jam untuk memberikan perlindungan lebih lama sepanjang hari.

Semoga panduan yang berikan ini dapat membantu anda memilih vitamin c yang berseseuaian dengan anda.

Sumber: Remaja

Baca juga: Doktor Kongsi 10 ‘Petua’ Penting Elakkan Jangkitan COVID 19 Ketika Berkongsi Kereta

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: