Apple Pay Malaysia: Cara Buat Bayaran Guna iPhone & iWatch
Apple Pay dah boleh dipakai di Malaysia. Tentunya ramai dah teruja nak gunakan teknologi ni kan?
Salah satu ciri yang paling ditunggu-tunggu oleh pengguna Apple tempatan, Apple Pay, telah dilancarkan dengan tiga bank sokongan di Malaysia iaitu Maybank, AmBank dan Standard Chartered.
Ciri yang mula boleh digunakan 9 Ogos 2022 itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.
Sesiapa yang ada iPhone atau iWatch patut cuba.
Cara dia senang sangat.
Boleh rujuk gambar di bawah.
Cara Setting Apple Pay Malaysia Guna iWatch
Untuk membuat pembayaran melalui Apple Pay, pengguna perlu terlebih dahulu menyimpan butiran kad bank mereka dalam aplikasi Wallet pada peranti iOS mereka.
Setelah disimpan, mereka boleh mula mengesahkan pembayaran menggunakan Face ID atau Touch ID.
Untuk pembelian secara offline, pengguna boleh membuat pembayaran dengan NFC.
Ikut saja langkah berikut:
- Masuk “Setting”
- Klik “Wallet and Apple Pay”
- Klik “Add Card”
- Klik “Debit or credit card”
- Ikut je on screen instruction
Cara nak bayar guna Apple Pay macam mana?
iPhone/ iWatch – double click side button
Mudah kan? Tak payah bawak kad banyak-banyak dah lepas ni.
Cara Setting Guna iPhone
kut saja langkah berikut:
- Masuk “Setting”
- Klik “Wallet and Apple Pay”
- Klik “Add Card”
- Klik “Debit or credit card”
Pastikan anda setkan dahulu butiran di ruang ini ya.
Bila nak guna, dekatkan untuk scan.
Apple Pay juga boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran dalam talian untuk platform seperti Shopee.
Perkhidmatan ini juga menyokong pembayaran untuk aplikasi dan permainan di App Store.
Malaysia merupakan negara kesembilan di Asia Pasifik serta kedua di Asia Tenggara yang menerima Apple Pay selepas Singapura pada April 2016.
Apple Pay pertama kali diumumkan pada September 2014 semasa pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, sebelum ia dilancarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat pada bulan berikutnya.
Selamat ber-Apple Pay!
(Sumber: Facebook Lukman Abdullah, Astro Awani)
Baca juga: Waktu Bekerja Dipendekkan Bermula 1 September 2022