Hammerhead True Wireless Fon Telinga Nirwayar Model 2021 Dari Razer

Razer melancarkan fon telinga nirwayar generasi kedua mereka iaitu Razer Hammerhead True Wireless 2021. Apa yang menarik bagi generasi kedua ini adalah Razer menghadirkan ciri lampu RGB pada fon telinga nirwayar ini.

Latensi yang rendah iaitu 60ms untuk mod permainan masih dikekalkan untuk fon telinga nirwayar baharu ini tetapi Razer mengemaskini model baharu ini dengan menghadirkan ciri sistem pembatalan hingar aktif (ANC) serta lampu RGB.

Sistem lampu RGB yang terdapat di bahagian sisi adalah RGB Razer Chrome dan pengguna boleh menukar warna dan mengubah kecerahan dengan menggunakan aplikasi khas Razer.

Aplikasi khas Razer ini juga membolehkan pengguna mengubah tetapan EQ mengikut cita rasa yang dikhendaki. Razer juga menyatakan rekaan versi baru ini dapat meningkatkan pengasingan bunyi dan sesuai untuk kebanyakan orang.

Bagi jangka hayat bateri pula, ianya mampu beroperasi sehingga 4jam dan 20 jam jika menggunakan pod pengecasan.Kadar jangka hayat ini berlaku jika pengguna mengaktifkan lampu RGB dan sistem pembatalan hingar aktif (ANC).

Jika lampu RGB dan sistem pembatalan hingar aktif (ANC) dimatikan pula, fon telinga nirwayar ini mampu beroperasi sehingga 6.5 jam dan 32.5 jam jika menggunakan pod pengecasan.

Walaupaun tidak nampak ketara dalam jangka hayat bateri tetapi terdapat peningkatan dalam jumlah masa mendengar iaitu sebanyak 19 jam berbanding model terdahulu.

Ciri- ciri yang lain pula adalah sambungan bluetooth 5.2 berserta sokongan coded SBC dan AAC dan juga penarafan IPX4 kalis air. Tanda harga untuk fon telinga nirwayar ini adalah rm629 dan tempahan mula dibuka pada 31 Ogos ini.