PDRM Lancar OPS Lampu Merah Hingga 31 Disember, Dah Ramai Yang Kena Saman!

ops lampu merah (1)

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Ops Lampu Merah bermula 15 Disember ini sehingga 31 Disember di seluruh negara yang melibatkan semua kontijen dan daerah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, operasi tersebut dilakukan bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah terutama dalam kalangan penunggang motosikal termasuk penghantar makanan/barangan (P-hailing) serta pemandu kenderaan yang lain.

JSPT memandang serius sikap dan trend pemanduan ini yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan serta menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Statistik penguatkuasaan ke atas kesalahan melibatkan langgar lampu isyarat merah pada tahun lalu merekodkan 69,267 saman dengan pecahan motosikal (32,657), kereta (29,873), lori (2,808) dan lain-lain kenderaan (3,929).

Manakala dari bulan Januari hingga November 2020 pula merekodkan sebanyak 52,170 saman dengan pecahan motosikal (26,764), kereta (20,751), lori (2,208) dan lain-lain kenderaan (2,447),” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azisman, operasi itu juga bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi lampu isyarat.

Baca juga: SOP Pelitup Muka: Hanya Wajib Dipakai Di Tempat Awam & Sesak – DS Ismail Sabri

ops lampu merah pdrm
ops lampu merah pdrm

OPS Lampu Merah: Saman Maksimum RM2000

“JSPT mengingatkan semua pengguna kenderaan supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi isyarat lalu lintas bagi keselematan bersama.

“Penunggang motosikal atau kenderaan lain yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan saman serta merta atau direkodkan butiran kenderaan terlibat bagi tindakan susulan saman,” ujarnya.

Jelasnya, mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh diambil tindakan di bawah kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Saman Telah Mula Dikeluarkan

Dalam satu perkembangan lain, BSPTD Ampang Jaya, dengan diketuai (1) Pegawai dan 12 orang anggota Unit Penguatkuasa dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ampang Jaya, sebanyak 41 keping saman atas kesalahan melanggar isyarat lampu merah dan 47 keping saman atas lain-lain kesalahan telah dikeluarkan dalam tempoh operasi yang diadakan bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang, 16 Disember 2020.

blank
Sumber: Friends of Trafik Ampang
blank

BSPTD Ampang Jaya dan daerah-daerah lain akan terus mempergiatkan perlaksanaan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar sentiasa mematuhi isyarat lalulintas.

Jadi, jaga-jaga ya!