Konsep, Jenis Bahan & Senarai Pusat Kitar Semula Di Malaysia
Kitar Semula: Konsep, Elemen, Pusat Kitar Semula Di Malaysia ~ Amalan kitar semula bukanlah satu amalan yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sudah lama diperkenalkan di Malaysia sama ada di sekolah, pejabat dan sebagainya.
Amalan murni ini wajar terus diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menyelamatkan alam sekitar.
Jom baca lebih lanjut mengenai kitar sekitar di bawah.
BACA JUGA: 9 Tempat Glamping Sekitar Selangor & KL Untuk Lari Dari Kesibukan Kota!
Konsep Kitar Semula Di Malaysia
Kitar semula ialah sebuah proses menghasilkan barangan yang baru daripada bahan buangan.
Kitar semula adalah komponen utama dalam pengurangan sisa moden dan amalan 3R merupakan komponen ketiga dari hierarki sisa “Kurangkan, Guna semula, dan Kitar semula”
Amalan kitar semula membantu untuk mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara, dan pencemaran air serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, komponen elektronik dan lain-lain.
Di Malaysia, kerajaan telah menubuhkan satu jabatan khas bagi mengendalikan aktiviti kitar semula iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
BACA JUGA: 3 Jenis Mesin Dryer Baju Jimat Elektrik Terbaik Yang Anda Perlu Tahu
Bahan-Bahan Yang Boleh Dikitar Semula
1. Kertas
Semua jenis kertas boleh dikitar semula seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak.
2. Kaca/Seramik
Antara jenis kaca yang boleh dikitar semula ialah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu juga boleh dikitar semula.
Anda boleh asingkan kaca mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum membawa ke pusat kitar semula untuk menjualnya.
Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pusat kitar semula (pembeli) inginkan gelas-gelas kaca yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran untuk memudahkan proses.
3. Plastik
Kebanyakan plastik boleh dikitar semula seperti beg plastik, botol minuman plastik, bekas makanan plastik, dan sebagainya.
Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu.
Terdapat piawaian ISO yang berkaitan pengurusan sisa plastik seperti ISO 15270:2008 untuk amalan kitar semula.
4. Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin minuman boleh dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam untuk kitar semula adalah bergantung kepada jenis logam.
5. Tekstil
Produk tekstil juga boleh dikitar semula dan dikelaskan mengikut jenis dan warnanya. Contoh produk tekstil ialah pakaian (baju/seluar/tudung/dll). Selain itu, kasut, beg tangan, sarung tangan dan barang-barang yang diperbuat daripada fabrik juga boleh dikitar semula.
6. Komponen Elektronik
Komponen elektronik seperti bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu Kalimantan, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya boleh dikitar semula apabila sudah tamat jangka hayatnya.
Proses Kitar Semula Barangan Rumah Di Malaysia
Proses kitar semula bermula daripada kediaman masing-masing, institusi pendidikan, pejabat dan tempat awam.. Bahan yang boleh dikitar semula diletakkan ke dalam tong sampah kitar semula mengikut warna tong sampah iaitu:
- Biru untuk kertas
- Coklat untuk kaca
- Jingga untuk aluminium dan plastik
Sampah yang dikumpulkan ini akan dikutip oleh syarikat pengumpulan sampah yang bertugas dan dibawa ke pusat pengumpulan di mana pengasingan bahan akan dilakukan mengikut jenis dan kategori bahan buangan.
Pusat Kitar Semula Di Malaysia
Terdapat banyak pusat pengumpulan yang diwujudkan oleh individu persendirian dan syarikat di seluruh Malaysia.
Anda boleh bawa barang-barang yang dikumpulkan terus ke pusat kitar semula berhampiran anda untuk menjualnya.
Sila rujuk senarai di bawah.
Pulau Pinang
- Sunshine Jelutong
- Sunshine Farlim Hypermarket
- NBVM 3R Committee, Jln. Chain Ferry
- Gereja St. Ann, Bukit Mertajam
Johor
- Jusco Taman Universiti
- Leisure Mall, Johor Bahru
- SWCorp
Kuala Lumpur
- Pasar Moden Cheras
- Jaya Jusco Alpha Angle Wangsa Maju
- Carrefour, Wangsa Maju Plaza Mont Kiara
- SWCorp
Selangor
- Prima Villa Kemensah Height
- Menara Sunway
- Carrefour Subang Jaya
- Bukit Raja Shopping Complex
Putrajaya
- Pasar Awam Presint 16
- Kompleks Kejiranan Presint 9
- Pusat Kitar Semula Presint 11
- SWCorp
NOTA: Terdapat banyak lagi pusat kitar semula di seluruh Malaysia, anda boleh buat carian di internet untuk mengetahui lokasi berhampiran anda. Taip saja “ Pusat kitar semula di (tempat anda)”.
Pastikan anda hubungi pusat tersebut sebelum datang bagi mengelakkan sebarang kesulitan.