9 Tempat Glamping Sekitar Selangor & KL Untuk Lari Dari Kesibukan Kota!
Ini Dia 9 Tempat Glamping Sekitar KL dan Selangor Untuk Percutian Anda Yang Seterusnya
Geram betul tengok lokasi glamping yang cantik-cantik sekitar Malaysia. Kebanyakan lokasi glamping agak jauh seperti Sabah dan Pahang.
Akhir-akhir ni glamping atau ‘glamour camping’ mula menjadi trend. Maklumlah, musim PKP masing-masing dah bosan duduk di rumah dan nak mencari ketenangan ditemani alam semulajadi kan?
Teringin nak glamping tapi tiada kelapangan dan susah nak bawa family? Jangan risau, glamping ni kita cuma akan ‘feel’ duduk dalam khemah, tapi kita tak perlu nak pacak khemah tu sendiri atau bawa banyak barang macam selalu tu.
Sebenarnya terdapat beberapa lokasi glamping yang terletak di sekitar KL dan Selangor.
Spot-spot glamping ini pasti akan memberikan ketenangan kepada anda dengan bunyi deruan air terjun dan kedamaian hutan serba hijau.
Jom kita semak spot glamping sekitar KL dan Selangor yang cukup menarik !
9 Tempat Glamping Menarik Sekitar KL & Selangor
1. River & Glamp
Bagi yang suka nikmati keindahan alam semulajadi sambil lakukan aktiviti lasak, River Glamp ialah lokasi glamping yang sesuai buat anda.
Terletak di hadapan sungai, spot glamping ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti ATV, river tubing dan berbasikal.
Glamping di sini pun cukup selesa, siap disediakan portable aircond dan kipas. Yang paling best sekali, harga penginapan di sini termasuk dengan harga makan 3 kali sehari !
Kredit Foto : Family Camping Malaysia
Lokasi : Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor
Harga : Glamping Tent Pakej 2 Hari 1 Malam (Termasuk sarapan, makan tengah hari, makan malam) Ahad – Khamis : Bermula RM 99/orang
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Bermula Rm 119/orang
Kapasiti : 5 orang/ tent
Laman Facebook : RIVER & GLAMP.
2. Moon Kissed by The River
Juga terletak di tepi sungai, Moon Kissed by The River sudah menjadi lokasi yang cukup popular untuk percutian glamping.
Di samping mandi sungai, pengunjung juga boleh lakukan aktiviti lain seperti menaiki ATV, jungle trekking dan BBQ. Di sini terdapat dua jenis penginapan yang boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.
Lokasi : Batu 14 1/2 jalan sungai semungkis 43100 Kajang, Selangor
Harga : Bakawali : RM 300/malam termasuk sarapan (2 dewasa & 2 kanak-kanak)
Rafflesia : RM 500/malam termasuk sarapan ( 6 dewasa & 2 kanak-kanak)
Laman Facebook : Moon Kissed By The River
2. The Hid3out
Mula dibuka pada tahun ini. The Hid3out menawarkan percutian glamping yang menarik buat seisi keluarga yang ingin berjinak-jinak dengan akitviti luar.
Terletak di tepi Sungai Tua, spot glamping ini memberikan pengalaman berkhemah dengan cukup selesa.
Di samping berkelah di tepi sungai, The Hid3out juga memiliki kolam renang sendiri untuk anak-anak mandi manda.
Lokasi The Hid3out juga lebih mudah diakses dan terletak di tepi jalan besar berbanding sesetengah kawasan glamping yang sukar dimasuki kerana kedudukannya yang agak jauh ke dalam.
Kredit Foto : Facebook Pakej Percutian
Kredit Foto : Facebook WeGoTravel
Lokasi : Hutlista 2, Jalan Sungai Tua, Ulu Yam 68100 Batu Caves, Selangor
Harga : RM 399 (termasuk sarapan dan makan malam)
Kapasiti 3 – 4 orang
Laman Facebook : The Hid3out
3. Dusun Bonda, Batang Kali
Seperti kebanyakan spot glamping yang ada di Selangor, glamping Dusun Bonda juga menawarkan glamping di tepi sungai.
Di sini juga terdapat kolam renang besar yang sesuai untuk anak-anak mandi sampai puas ! Ia menjadikan lokasi ini cukup sesuai untuk percutian hujung minggu dengan anak-anak.
Privacy di sini juga cukup terjaga dengan adanya bilik air dan ruang makan peribadi. Sarapan pun special siap dihantar ke bilik.
Dusun Bonda turut menawarkan aktiviti menarik lain seperti jungle trekking dan berkelah. Nak bakar BBQ dan lepak tepi unggun api pada waktu malam pun boleh !
Lokasi : Dusun Bonda, Lot 2121 (2996), Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Harga : Bermula RM 350/malam (termasuk sarapan)
Kapasiti : 4 orang/ khemah
Laman Facebook : Dusun Bonda Hulu Tamu
4. Alpine Camp
Siapa kata anda tidak boleh nikmati keindahan alam semulajadi berhampiran dengan kota ? Alpine menawarkan suasana glamping dekat dengan alam semulajadi berlatarbelakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam.
Di sini terdapat 5 khemah glamping yang boleh memuatkan sehingga 4 orang dalam satu masa.
Siap ada surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung juga suka ke sini kerana sungainya yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak.
Katanya makanan dekat sini sedap-sedap. Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri!
Lokasi : Batu 23, Sungai Lui 43100 Hulu Langat, Selangor
Harga : Pakej 2 Hari 1 malam – RM 150/orang (termasuk sarapan & BBQ dinner)
Kapasiti : 4 orang/khemah
Laman Facebook : Alpine Camp
Baca juga: Senarai Homestay Port Dickson Dengan Private Pool (TERKINI)
5. Camp Out Sunway Lagoon
Pernah tak pergi Sunway Lagoon rasa taknak balik sebab best sangat? Kini anda boleh dengan tarikan terbaru Sunway Lagoon iaitu Camp Out by Sunway Lagoon ! Ia juga merupakan taman tema pertama di Malaysia yang menawarkan aktiviti glamping kepada pengunjung ! Pakej Camp Out dari Sunway Lagoon turut disertakan dengan tiket masuk taman tema, sarapan dan BBQ Dinner untuk 2 orang !
Lokasi : 3, Jalan PJS 11/11 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Harga : Pakej 2 Hari 1 malam – RM 598/orang (termasuk sarapan & BBQ dinner) * harga tertakluk pada perubahan
Kapasiti : 2 orang/khemah
Laman Facebook : Sunway Lagoon, Malaysia
6. The Sticks
Penginapan mesra alam di The Stickes menjanjikan anda ketenangan serba hijau. Memang sengaja tidak sediakan WiFi, The Sticks ingin mengajak pengunjung untuk berehat sepenuhnya dan berenggang sebentar dari penggunaan phone.
Penginapan serba unik di sini dipanggil ‘tendok’ iaitu gabungan tent dan pondok. Sarapan dan makan malam turut disertakan bersama harga penginapan.
The Sticks tidak membenarkan makanan daripada luar namun mereka tawarkan add-on full course meal termasuk makan tengah hari dan minum pentang dengan harga RM 25. Juga terletak berdekatan dengan sungai dan hutan, pengunjung juga boleh lakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking serta river tubing di sini.
Lokasi : Lot 213, Jalan KKB – Frasers Hill, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
Harga : Bamboo House : Bermula RM 342.00/malam (penginapan 2 orang)
Riverside Tendok : Bermula RM 422.00 /malam (penginapan 2 orang)
Serengeti Tent : Bermula Rm 552.00/malam (penginapan 4 orang)
Kapasiti : 2 – 4 orang
Laman Web : thesticks.my
7. Castra by Colony
Castra by Colony ialah satu-satunya spot glamping premium yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Berlatarbelakangkan pencakar langit dan mercu tanda ibu kota, Castra by Colony menawarkan pengalaman glamping yang mewah dan serba-serbi aesthetic.
Sesuai buat yang ingin merasai pengalaman glamping tanpa perlu keluar dari bandar, Castra by Colony yang terletak di bumbung Golden Triangle, Kuala Lumpur pasti memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.
Rekaan dalamannya yang berkonsepkan Mediterranean aesthetic menjadikan spot glamping ini lokasi yang cukup sesuai buat sambutan hari istimewa bersama keluarga dan rakan terdekat.
Hanya di sini anda boleh rasai pengalaman bermalam di Bohemian Canopy Tents! Peralatan barbeku juga disediakan secara percuma buat pengunjung.
Lokasi : Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
Harga : Bermula Rm 2,500/malam
Kapasiti : 10 orang
Laman Facebook : Castra by Colony
8. Tadom Hill Resorts
Rasanya lokasi glamping ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, Tadom Hill Resorts menawarkan percutian glamping dalam rumah pondok berasaskan buluh.
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini seperti flying fox, rock climbing, berakit dan macam-macam lagi !
Bagi yang inginkan pengalaman glamping, anda boleh cuba pengalaman tidur di atas hammock dengan 10 orang rakan atau keluarga di Hammock Sphere.
Bamboo Hut pula tawarkan penginapan lebih special dengan tilam dan kelambu dan boleh memuatkan sehingga 7 orang.
Kredit Foto : eazytravels.com
Kredit Foto : OhBulan!
Lokasi : Tadom Hill Resorts, No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Harga : Bamboo Lakeside Tent : Bermula RM 140.00/malam ( penginapan 2 orang)
Bamboo Hut for 6 : Bermula RM 540.00/malam (penginapan 6 ke 7 orang)
Hammock Sphere For 1 : Bermula RM 65.00/orang (penginapan mixed dorm untuk 10 orang)
Kapasiti : 2 ke 10 orang
Laman Facebook : Tadom Hill Resorts
9. Colina Camping & Glamping by Le Quadri Hotel KL
Colina Camping & Glamping merupakan satu lagi tarikan glamping terbaru di ibu kota. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini ialah hiking di Bukit Besi dengan iringan guide. Colina Glamping turut menawarkan aktiviti unik Jungle Pool dan Forest Sauna iaitu pengalaman berendam di kolam renang dan sauna berlatarbelakangkan kehijauan hutan. Anda juga boleh luangkan masa dengan rakan dan keluarga dengan aktiviti lain seperti futsal, volleyball, dan pelbagai board games yang disediakan di sini.
Harga : Pakej Glamping With Breakfast – Bermula RM 258.00/malam (termasuk sarapan untuk 2 orang)
Pakej Glamping With Guided Hiking – Bermula RM 288.00/malam (termasuk sarapan untuk 2 orang)
Kapasiti : 2 – 4 orang
Laman Facebook : Colina Camping & Glamping by Le Quadri Hotel KL
Dengan pelbagai pilihan spot glamping sekitar KL dan Selangor yang cukup menarik, kini anda bolehlah rancang percutian glamping anda tanpa perlu merantau jauh-jauh.
Kebanyakan kawasan glamping juga menawarkan kemudahan dan keistimewaan yang berbeza-beza. Ada juga glamping dengan suasana unik seperti di Sunway Lagoon dan Castra by Colony.
Namun semuanya pasti menjamin keselesaan dan pengalaman percutian yang serba unik dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan rakan dan keluarga.
Baca juga: 45 Homestay & Chalet Dengan Private Pool Di Melaka (Terkini 2021)