Bukan Saja Penjual, Pembeli Di Lampu Isyarat Juga Akan Didenda RM2,000
LARANGAN AKTIVITI JUAL BELI DI LAMPU ISYARAT
Bukan hanya penjual, nampaknya Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.
Seperti yang kita tahu, sejak PKP tenpoh lalu, ramai peniaga terpaksa ‘turun’ ke jalan raya untuk menjaja hasil jualan mereka.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi laporan tersebut, Polis Johor difahamkan telah melancarkan Ops Kesedaran, di mana sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.
“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” kata beliau melalui laporan Kosmo! semalam bertarikh 15 Mac 2021.
Tambah beliau, peniaga khususnya dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.
“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,” ujarnya.
Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.
Terkini, difahamkan Polis Kelantan juga bakal menjalankan operasi dan memulakan tindakan saman terhadap aktiviti jual beli di lampu isyarat bermula minggu ini, menurut laporan oleh Harian Metro.
Untuk makluman, tindakan boleh diambil terhadap pembeli dan peniaga di lampu isyarat mengikut Akta Lalulintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.
Baca juga: Awas Penyamaran Petugas Smart Meter TNB! Ini Yang Anda Kena ‘Alert’
Perkara ini mengundang reaksi yang pelbagai daripada orang ramai – ada yang setuju dan ada juga yang rasa kasihan terhadap penjual.
Jadi apa pendapat anda?
Jom kongsikan bersama secara berhemah ok!
Baca juga: YB Khairy Jamaluddin Akan Jadi Individu Pertama Disuntik Vaksin Sinovac