Status MySejahtera Bertukar Merah / Kuning Hari Ini Atas Masalah Teknikal

MASALAH STATUS MYSEJAHTERA TIBA-TIBA BERTUKAR MERAH / KUNING / OREN HARI INI (7 NOVEMBER 2021)

Dah check status MySejahtera anda hari ini?

Difahamkan ramai yang mengalami masalah status MySejahtera bertukar merah (Home Surveillance Order) / oren (PUS) / kuning secara tiba-tiba.

Pagi ini ramai yang jadi Person Under Surveillance atau PUS. Termasuk mereka yang berada di luar negara seperti Singapura.

Ramai yang tertanya. Boleh pergi kerja? Bagaimana nak naik flight ke Sabah ni? Burn tiket mahal macam ni operator tak benarkan naik.

Status mysejahtera merah
Status mysejahtera merah

Perkara ini dimaklumkan oleh orang ramai yang memuatnaik status di media sosial.

Ramai terkejut dan berharap kesilapan teknikal ini diperbaiki kerana ada yang sedang bercuti dan sedang menghadiri majlis. Naya kalau tiba-tiba tak dapat masuk hotel kan?

Walaubagaimanapun, isu ini telah diambil maklum oleh pihak MySejahtera dan difahamkan bahawa punca masalah telah dikenal pasti.

Status mysejahtera

Team MyS meminta maaf tentang perkara ini dan sedang mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Moga urusan anda dipermudahkan. Jika masih tidak settle, boleh gunakan helpdesk untuk meminta bantuan.

Menurut status tersebut, semua notis HSO yang tersilap telah dipadam manakala status PUS telah dikembalikan kepada asal.

Jika status anda masih bermasalah, sila rujuk ke HelpDesk MySejahtera atau rujuk cara penyelesaiannya bagi status berikut:

status kuning mysejahtera

NOTA:

#KLASIFIKASI PENERANGAN
1Low RiskIndividu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
2Casual Contact (Kontak Kasual)Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
3Close Contact (Kontak Rapat)Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
Ini termasuk:

– Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE,
– bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19,
– menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)

– Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19
– Mengembara bersama pesakit COVID-19
– Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
4Person Under Surveillance (PUS)Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.
5Kes SuspekIndividu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.
6Confirmed Case (Kes Disahkan)Individu yang telah diuji positif COVID-19.

Status warna oren boleh jadi sama ada anda dikesan sebagai kes suspek atau PUS.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: