Bahaya Makan Baby Nanas Mengandungi Siklamat

baby nanas bahaya

Akhir-akhir ini, isu buah nanas kecil dikenali sebagai ‘baby nenas’ kembali viral di media sosial.

Ia didakwa mengandungi siklamat, iaitu sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali lebih daripada gula sukrosa.

Menurut dakwaan, nanas ini berbahaya untuk dimakan dan boleh menyebabkan masalah pada kesihatan.

bahaya baby nanas siklamat nenas

Mengulas isu ini, KKM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bertarikh 1 November 2022.

Menurut penjelasan KKM, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.

KKM juga pernah membuat sebuah kenyataan berhubung isu ini pada 31 Mei 2019 yang lalu.

Sejak 2017 sehingga kini, sebanyak 11 daripada 115 sampel buah nanas kulit berkupas atau dikenali sebagai baby nanas yang diimport didapati mengandungi siklamat.

11 sampel itu telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM8500.

Walau bagaimanapun, bahan tersebut dibenarkan ditambah dalam makanan tertentu seperti jem, jeli dan marmalad, produk koko, sapuan koko dan coklat serta minuman berperisa.

blank
blank
blank

Pemantauan KKM Terhadap Produk Baby Nanas

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Norrani Eksan menerusi kenyataan pada hari ini memaklumkan, pihaknya mempergiatkan pemantau ke atas pasaran tempatan terhadap produk itu.

“KKM meneruskan pemantauan ke atas buah nanas di semua pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya.

Menurutnya, Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya.

“Individu yang disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

bahaya baby nanas siklamat nenas
bahaya baby nanas siklamat

Bahaya Siklamat

Apakah itu bahan kimia siklamat?

Terang Dr Fatimah Salim di platform Facebooknya, siklamat merupakan sejenis pemanis tiruan tanpa zat (artificial sweetener) berkod 952 yang mempunyai tahap kemanisan 30 ke 50 kali lebih daripada gula putih atau sukrosa.

Bahan kimia siklamat wujud dalam bentuk garam kalsium atau natrium siklamat (lihat gambar di atas).

Walau bagaimana pun, kemanisan siklamat adalah sangat kurang jika dibandingkan dengan bahan kimia pemanis semulajadi stevia (30 – 150 kali kemanisan). Ini menjadikannya kurang berpotensi sebagai pemanis dan lebih murah.

Pun begitu, siklamat digunakan bersama dengan bahan kimia pemanis yang lain seperti saccharin (10:1) untuk mendapatkan rasa yang optimum.

Siklamat juga digunakan untuk mengurangkan rasa pahit pada sesetengah ubat. Disebabkan oleh kestabilan kimia pada suhu tinggi, siklamat juga dijadikan pemanis di dalam masakan dan pembuatan kek dan pastri.

Namun disebabkan oleh isu keselamatan pengguna, siklamat diharamkan di Amerika Syarikat dan di kebanyakkan negara.

Kenapakah Siklamat diharamkan?

Dapatan kajian pada tahun 1966 melaporkan bahawa sesetengah bakteria di dalam usus boleh menukarkan siklamat kepada bahan kimia cyclohexylamine yang toksik kepada haiwan, termasuk manusia. Laporan kajian seterusnya melaporkan kombinasi dengan bahan kimia yang biasa digunakan untuk mendapatkan rasa manis optimum siklamat (1:10) menyebabkan kanser pada tikus.

Dan sehingga harini pelbagai kajian telah dijalankan, namun isu siklamat penyebab kanser masih lagi kontroversi.

Pun begitu, di Malaysia, Peraturan-peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.

Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.

Sumber: KKM, Dr Fatimah Salim

Baca juga: Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2022