Cara Print Sijil Vaksin MySejahtera PDF Untuk Perjalanan Tempatan & Luar Negara
Aplikasi MySejahtera kini memaparkan Tarikh Lahir dan akses orang ramai mencetak Sijil Vaksin untuk kegunaan perjalanan tempatan atau antarabangsa.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan sendiri, melalui ciapan terkini beliau di Twitter.
Berikut dikongsikan cara membuat cetakan sijil vaksinasi anda melalui aplikasi MySejahtera.
Ketahui ciri baharu yang disediakan di aplikasi Mysejahtera. Ciri baharu ini adalah bagi anda yang ingin ke luar negara dan perlu menunjukan bukti dalam bentuk cetakan.
Ciri ini boleh didapati di profile Mysejahtera anda. Tekan butang ‘download’ PDF dan tunggu sebentar untuk mendapatkan cetakan tersebut.
Cara Print Sijil Vaksinasi MySejahtera (PDF)
Sijil digital vaksin MySejahtera yang sebelum ini hanya dapat dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera kini mempunyai butang ‘Generate’ untuk anda mendapatkan fail PDF dan mencetaknya dengan mudah.
Rujuk gambar di bawah:
Maklumat penerima vaksin seperti nama, nombor kad pengenalan, serta butiran vaksinasi akan dipaparkan dengan lengkap dalam sijil vaksin PDF yang boleh dicetak ini seperti dalam gambar ditunjukkan di bawah.
Jika anda masih belum mendaftar vaksinasi di MySejahtera, sila rujuk cara membuat pendaftaran :
Proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
- Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
- Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
- Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
- Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
- Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
- Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
- Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
Bagi anda yang mempunyai masalah dengan sijil MySejahtera, sila rujuk artikel berikut:
- Cara Padam / Pindah Maklumat Tanggungan MySejahtera Ke HP Sendiri
- Cara Padam Akaun MySejahtera Lama & Kemaskini E-mel / Telefon / IC
- Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai. Ini Cara Tukar Ke Biru
- Cara Memohon Sijil Pengecualian Vaksin Di MySejahtera
*Sumber : Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan