8 Tips Membeli Air Fryer. Ini Jenama Yang Patut Jadi Pilihan Anda

Penggunaan alatan masak moden semakin mendapat tempat zaman sekarang. Antaranya popular yang semakin digunakan pakai ialah Air Fryer. Satu alatan membantu memasak tanpa menggunakan minyak tetapi hanya menggunakan haba yang disebarkan melalui kipas.

Di luar sana pelbagai jenama dan saiz dijual secara online atau offline. Ada yang juga terlalu murah dan ada yang terlalu mahal. Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu anda fahamkan sebelum beli air fryer. Jadi apakah tips untuk membeli air fryer ini? Jom kami kongsikan dengan anda.

Tips Membeli Air Fryer

  1. Terdapat 3 jenis air fryer iaitu Drawer Type, Turbo AF dan Halogen Oven – Biasanya jenis Drawer-Type suhu maksimumnya adalah 200°C, manakala jenis turbo dan oven halogen ni boleh sampai 230°C.
  2. Butang digital & manual – Adakah kita jenis yang suka air fryer canggih jenis touch screen (digital)? Butang analog atau manual pula lazimnya lebih mesra warga emas kerana lebih mudah digunakan.
  3. Kapasiti – Jangan tengok harga murah terus beli, baca betul-betul untuk kita pastikan saiznya bersesuaian dengan saiz keluarga kita. Jika anda bercadang untuk membakar seekor ayam untuk membuat masakan seperti ayam bakar ayamas atau kenny rogers, kami cadangkan untuk anda beli airfryer bersaiz 4.2L ke atas.
  4. Kekerapan penggunaan – Jika kita nak guna dengan kerap, dinasihatkan supaya beli yang tahan lasak dan ada tempoh warranty yang sesuai.
  5. Senang dicuci – Ada jenis air fryer yang partnya tak boleh diasingkan dari badan (non-detachable) dan ada yang direka khas supaya setiap bahagian seperti bakul dan jaringnya boleh ditanggal dan dicuci dengan mudah.
  6. Kuasa (Watt) – Air fryer yang berkuasa tinggi, masa memasak pun akan menjadi singkat. Penggunaan elektrik bergantung kepada nilai kuasa watt dan jumlah masa yang digunakan untuk siap memasak.
  7. Fungsi Istimewa – Sesetengah air fryer ada didatangkan dengan teknologi canggih dan fungsi istimewa. Antaranya ialah boleh buat kek, roti, grill ayam, masak lauk, panaskan makanan dan macam-macam lagi.
  8. Jenama – Jenama ini kebiasaan berkait rapat dengan harga dan kepercayaan kefungsiannya. Semakin berjenama selalunya akan lebih mahal daripada jenama tidak popular.

Berikut jenama air fryers paling popular di Malaysia!

1 – KHIND

Dengan harganya yang berpatutan serta kualiti yang tahan lama, tak hairanlah jenama ini memang menjadi pilihan utama di kalangan pengguna airfryer di Malaysia. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

2 – Philips

Antara jenama dengan tanda harga yang sedikit mahal tetapi ada kualiti setanding harganya serta jaminan antarabangsa selama 2 tahun. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

3 – Tefal

Tefal juga memberi jaminan dua tahun untuk produk mereka. Model ini antara model airfryer Tefal yang paling popular. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

4 – Russel Taylors

Inilah satu lagi jenama mampu milik dan popular di kalangan ahli group air fryers Malaysia. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

5 – Pery Smith

Jenama ini pun popular di kalangan pengguna air fryers! Pery Smith banyak design yang nampak ekslusif dengan harga yang murah. Serius berbaloi beli air friyers jenama ini! Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

6 – ELBA

Jenama Elba juga menjadi pilihan popular di Malaysia. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

7 – Riino

Murah, berbaloi dan saiz besar! Riino menawarkan pelbagai jenis air fryers. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

8 – Giselle

Tak sangka jenama ini popular juga di kalangan pengguna air fryers! Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

9 – Kelen Munoz

Jenama ini juga popular kerana rekaan dan warnanya yang ada banyak pilihan. Follow akaun official Kelen Munoz untuk lihat banyak lagi design yang lain. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

10 – Nakada

Jenama air fryers ini juga tersenarai dalam top 10 airfryers paling popular di Malaysia. Klik sini untuk lihat pelbagai lagi model air fryer jenama ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: