Tumpahan Minyak, Serpihan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Ditemui
BALI, Indonesia – Unsur-unsur TNI AL telah menemui tumpahan minyak dan serpihan yang menjadi bukti bahawa menuju fasa tenggelamnya KRTI Nanggala.
Dalam sidang media terkini hari ini, Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto mengumumkan bahawa pihaknya menemui serpihan kapal selam yang hilang bersama 53 kru di perairan Bali.
“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Laut, Yudo Margono kepada pemberita.
Beberapa serpihan yang ditemukan oleh penyelam adalah merupakan paip pendingin, peluru tabung torpedo, pelumas periskop kapal selam, sejadah milik ABK, botol oren, dan span untuk penahan panas di dalam kapal selam.
Seluruh benda ini ditemukan di perairan yang merupakan titik koordinat dijangka KRI Nanggala 402 berada dan pada kedalaman 850 meter.
“Serpihan ditemui sekitar lokasi terakhir KRI NANGGALA menyelam dan barangan yang ditemui adalah bukan dimiliki umum,” jelas Yudo.
Beliau menambah, kesemua serpihan terbabit telah disahkan milik kapal selam oleh bekas anak kapal KRI Nanggala.
Dipercayai Tenggelam Pada Kedalaman 850m
Menurut pakar, bukti penemuan minyak ataupun barang yang seharusnya berada di dalam KRI Nanggala-402 merupakan penunjuk bahawa kapal selam tersebut mungkin sudah retak atau pecah.
Sementara itu, Tribun News melaporkan Ahn Guk-hyeon, wakil dari Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering Korea Selatan, mengatakan KRI Nanggala-402 akan rosak jika melepasi kedalaman sekitar 200 meter kerana tekanan.
Beliau berkata bahawa syarikatnya itu menyelenggara sebagian besar struktur dan sistem internal kapal selam Indonesia itu tetapi tidak memiliki informasi terbaru tentang kapal tersebut.
Baca juga: Mirip Nahas Kursk, Ini Kronologi Tenggelamnya Kapal Selam KRI Nanggala402
Frank Owen, dari Submarine Institute of Australia juga berpendapat kapal selam itu mungkin tenggelam terlalu dalam sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk mengoperasikannya jika ditemui.
Kapal selam KRI Nanggala 402 buatan Jerman itu dijadualkan melakukan latihan menembak torpedo apabila ia meminta kebenaran untuk menyelam pada minggu ini. Kapal selam tersebut terputus hubungan tidak lama kemudian.
*Sumber: Tribun News Indonesia, Kompas.com, Kosmo