Harga Iphone 12 Dan Iphone 12 Mini Mula Jatuh Selepas Pelancaran Iphone 13

Sebaik sahaja pelancaran Iphone 13 di dalam acara maya Apple Event, Apple mula mengemas kini harga jualan terbaru untuk iPhone 12 Mini dan juga iPhone 12.

Harga terbaru bagi iPhone 12 mini dan iPhone 12 masing-masing bermula RM2899 dan RM3399 memperlihatkan penurunan harga hampir RM500.

Selain itu, iPhone 11 juga dijual pada harga bermula RM2399.

Dengan pelancaran model iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan Pro Max, tiada lagi penawaran iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Namun barisan model iPhone 11, iPhone 12 mini dan iPhone 12 masih menarik dan relevan untuk dibeli jika anda kekangan bajet.