Cara Cari Arah Kiblat Online Guna Smartphone Tanpa Download Aplikasi
CARA CARI ARAH KIBLAT ONLINE DENGAN MUDAH, CEPAT & TEPAT MENGGUNAKAN SMARTPHONE ANDA
Berijtihad arah Kiblat adalah perlu dilakukan bagi menentukan arah Kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat.
Mengikut keempat-empat Mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, menghadap Kiblat menjadi syarat sah solat.
3 Kaedah Menentukan Arah Kiblat
Bagi Mazhab Syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap Kiblat iaitu:
i.Bagi seseorang yang berada di dalam Masjidil Haram sama ada nampak Baitullah (Kaabah) atau tidak, wajib ia menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan terlebih dahulu dengan melihat atau menyentuhnya bagi cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan. Menentukan Kiblat dengan cara ini dinamakan “Kiblat Yakin”.
ii. Bagi seseorang yang jauh dari Baitullah (Kaabah) iaitu yang berada di luar Masjidil Haram dan di sekitar Tanah Suci Makkah hendaklah menghadap ke arah Masjidil Haram dengan tujuan ke arah Kaabah secara dzanni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Oleh yang demikian cara ini dinamakan “Kiblat Dzanni”. Kaedah ini boleh diketahui melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah.
iii. Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di luar tanah suci Makkah hendaklah menghadap ke arah tanah suci Makkah dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau Kaabah. Cara ini memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.
Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti kompas, teodolit dan juga mata angin.
Arah Kiblat juga boleh ditentukan berdasarkan kepada kedudukan matahari dan bintang. Kaedah-kaedah yang tersebut di atas digunapakai oleh umat Islam di seluruh dunia sehingga kini.
Namun demikian kaedah berdasarkan perhitungan falak dibantu dengan penggunaan teodolit lebih seragam. Oleh itu kaedah tersebut digunapakai secara rasmi bagi penandaan arah Kiblat di negara Malaysia.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan arah kiblat secara online menggunakan smartphone anda tanpa perlu download sebarang aplikasi.
Menentukan Arah Kiblat Online Melalui Qibla Finder
Tahukah anda, Qibla Finder, sebuah perisian khas oleh Google telah disediakan secara percuma untuk menentukan arah kiblat dengan tepat dan cepat.
Ia menggunakan lokasi Kaabah (Lat 21.4224779 Long 39.8251832) dan lokasi semasa anda (disediakan oleh GPS atau secara manual) untuk menentukan laluan yang paling lurus antara dua titik di dunia, turut dikenali sebagai jarak bulatan besar.
Jarak ini dikira menggunakan formula haversine. Apabila dilihat pada peta rata, garisan ini kadangkala kelihatan melengkung disebabkan oleh kelengkungan bumi.
Cara Menggunakan Qibla Finder Untuk Cari Arah Kiblat
Di sini kami nak kongsikan cara paling cepat dan mudah untuk cari arah kiblat. Tak perlu download apps. Asal ada internet dah boleh guna. Penting masa travel tak kisah luar atau dalam negara. Qibla Finder ini dihasilkan oleh Google.
Mereka dah setkan Latitude dan Longitude kedudukan Kaabah. Tak kira dimana kita berada, laluan paling lurus antara kita dan Kaabah akan ditunjuk. Compatible untuk pengguna iPhone dan Android. Klik je link dibawah untuk guna:
Cara guna:
- Klik link https://qiblafinder.withgoogle.com/. Aplikasi akan dibuka melalui browser, biasanya Chrome atau Safari bagi pengguna iPhone.
- Klik Let’s Go. Boleh pilih Bahasa Melayu ikut kesesuaian masing-masing. Mari Mulakan katanya.
- Sebaiknya calibrate compas sebelum memeriksa arah kiblat (gerakkan phone dalam bentuk nombor 8 sebanyak 3 kali).
- Lokasi ditetapkan secara automatik ATAU Pilih lokasi anda secara manual berdasarkan map. Boleh taip lokasi anda di ruangan search. Gerakkan screen untuk tetapkan lokasi anda dengan tepat. Klik (/) untuk teruskan.
- Arah dan jarak Kaabah di Masjidil Haram Makkah akan dipaparkan. Halakan kamera phone ke arah ikon Kaabah yang ditunjukkan.
- Arah kiblat akan disahkan, dinyatakan sekali jarak antara kita dan kiblat. Settle!
NOTA:
- Aplikasi ni adalah berasaskan GPS. Jika line atau coverage GPS lemah, bacaan pasti kurang tepat.
- Mungkin phone model lama atau spesifikasi yang rendah tidak support apps ini. Apps ini untuk phone yang ada sensor kompas sahaja.
- Kompas perlu di calibrate bagi memastikan bacaan yang tepat ok!
Rujuk video di bawah kalau nak lagi faham:
https://qiblafinder.withgoogle.com/
Baca juga: