Hotel Equatorial Penang Tutup Februari Ini Setelah 3 Dekad Beroperasi

27 Jan – Hotel Equatorial Penang Tutup Februari 2021 Ini

Pihak Pengurusan Hotel Equatorial Pulau Pinang telah mengumumkan pemberhentian operasi hotel terkemuka bertaraf lima bintang tersebut secara rasmi melalui sebuah kenyataan media bertarikh 27 Januari 2021.

Kenyataan rasmi yang disiarkan kepada umum itu menyatakan bahawa tarikh akhir operasi hotel tersebut kepada umum adalah 10 Februari 2021.

hotel equatorial penang tutup
https://www.facebook.com/hotelequatorialpenang/posts/4391204770894908

Beberapa hari lalu, desas-desus penutupan hotel tersebut menjadi tular di media sosial gara-gara sebaran notis dalaman syarikat, di mana General Manager Alan Ong berkata pengarah syarikat telah mengumumkan penutupan operasi akibat pandemik Covid-19 yang masih tiada penghujungnya.

Melalui Facebook Hotel Equatorial Penang, kenyataan tentang Hotel Equatorial Penang yang akan tutup tersebut disambut dengan kesedihan dan ucapan selamat tinggal daripada orang ramai yang ternyata bakal merindui kenangan indah mereka di hotel tersebut.

Nampaknya kesan pandemik kali ini dirasai oleh semakin banyak pihak dan secara tidak langsung semakin ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Semoga pihak terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup dan bertahan dalam tempoh yang mencabar ini.

Untuk info, sekiranya anda diberhentikan kerja dalam tempoh pandemik ini, terdapat pelbagai bantuan dan sumber yang boleh dimohon antaranya PSU 3.0 PERMAI, EIS PERKESO, dan i-Sinar KWSP.

Ayuh kita sama-sama patuhi SOP dan putuskan rantaian COVID-19 dan berdoa agar keadaan dapat kembali semula seperti sediakala!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: