Hotel Yang Ditempah Terlalu Teruk? Ini Cara Dapatkan Refund Agoda
TIPS / CARA REFUND AGODA (2021)
Dengan kebenaran merentas sempadan, ramai yang memanfaatkan peluang akhir tahun ini untuk bercuti bersama keluarga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Tapi, tak semua yang kita rancangkan berjalan lancar seperti mana yang kita harapkan.
Kadang-kadang berlaku beberapa insiden yang menyebabkan kita terpaksa cancel hotel atau dalam sesetengah kes tu, hotel pula yang batalkan tempahan kita dengan alasan yang tidak disangka-sangka.
Rasa geram, marah dan sedih tu memang ada jika berlaku perkara begini, tapi bertenang.
Anda sebenarnya boleh mohon refund daripada pihak Agoda dengan menyatakan masalah yang dialami.
Baca juga: Shopee Buat Promosi Tiket Zoo Negara RM10.80, Sah Hingga Sept 2021
Di sini kami kongsikan posting daripada Mastura Azalinawati Alin tentang cara refund Agoda dan pengalamannya mendapatkan kembali duit.
Jom kita baca perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Tips / Cara Refund Agoda & Dapatkan Kembali Duit
Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Saya ada terbaca mengenai masalah booking online.
Saya nak komen balik post tu tak jumpa.
Jadi saya share macam mana saya dapatkan kembali duit. Tapi kena sabar.
Menulis dengan tenang dan profesional bila ada yang kita tidak suka mengenai hotel. Saya chat dengan Agoda di Facebook.
Kemudian dia minta isi beberapa butiran. Dia akan email kembali selepas merujuk dengan pihak hotel.
Kronologi Kejadian
Waktu kejadian, hotel yang saya tempah sangat teruk. Laluan ke bilik seperti bilik sedang di baik pulih. gelap dan berhabuk.
Bilik pula bila di lihat sangat menakutkan. Ada yang pecah pecah.
Anak pula umur 2 tahun terus menangis.
Saya terus turun ke bawah untuk pembatalan Saya tahu, booking online memang tidak akan dapat duit semasa itu juga.
Jadi saya bertenang, beritahu masalah yang saya hadapi dan beritahu untuk pembatalan. **waktu ini saya tidak sempat ambil gambar kerana agak kalut dengan anak.
Selepas 2 minggu respon dari Agoda yang menyatakan kemungkinan duit tidak dapat dikembalikan, kerana mereka cuba berhubung dengan pihak hotel namun tiada jawapan.
Tetapi masuk minggu ke 3 saya mendapat e-mail mengatakan duit akan di transfer ke akaun saya.
Tips / Cara Dapatkan Refund Agoda
Jadi mungkin anda yang alami masalah sama, boleh ikut tips ini.
- Pergi ke Facebook Agoda
- Chat dengan Admin dan isi segala butiran
- Tunggu email
- Doa moga dipermudahkan.
Ok tu je nak share. Semoga bermanfaat!
Baca juga: SOP PKPB / PKPP Terkini (Kemaskini 1 Januari 2021)
Lain-lain Tips Tambahan
Selain menghantar e-mail, kita juga boleh call terus ke Agoda Call Center Malaysia di talian 03-2053 1869 / 03-2298 6600 / 03-2 298 6601.
Rata-rata, kebanyakannya boleh minta refund jika kita melakukan proses yang betul, dan boleh dapat kembali duit dalam beberapa hari atau minggu (bergantung kepada pihak pengurusan hotel).
Di sini kami kongsikan beberapa pengalaman dan tips daripada mereka yang mungkin dapat membantu anda juga.
Anda pun ada pengalaman dan tips / cara refund Agoda?
Atau anda lebih suka booking online guna Booking.com atau Traveloka, Trivago, etc? Ok tak kalau nak minta refund?
Jom kongsikan dengan yang lain di ruangan komen ok!
*Sumber: Hotel Review Malaysia